CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Kelantan] Derita suami

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode

NORAINI (kanan) dibantu anaknya Aierip Rizki membantu menjaga Rozaimi yang memerlukan perhatian ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Bunut Payong. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Malang bagaikan datang bertimpa apabila seorang lelaki diberhentikan kerja selepas kontraknya sebagai pekerja di sebuah syarikat pembersihan ditamatkan sejak tiga tahun lalu berikutan kerap memohon cuti sakit.

Noraini Othman, 40, berkata, suaminya, Rozaimi Ramli, 43, menghidap tiga penyakit iaitu kencing manis, saraf dan buah pinggang tahap dua yang menyebabkan kesihatannya semakin merudum dan kini dalam keadaan terlantar.

Katanya, penyakit buah pinggang tahap dua yang dihidapi suaminya itu mula dikesan pada Julai lalu akibat daripada penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu.


"Penderitaan suami tidak terhenti setakat itu sahaja kerana pada awal bulan lalu terdapat ketumbuhan sebesar ibu jari di bahagian celah pahanya dan dalam tempoh dua minggu ketumbuhan itu membesar sebesar penumbuk.

"Bimbang dengan keadaan itu, suami saya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada 5 November lalu kerana dikhuatiri ia semakin membesar.

"Selepas menjalani pembedahan, luka sepanjang tujuh sentimeter di bahagian celah paha suami tidak dijahit dan memerlukan pencucian dua kali sehari. Hampir setiap hari saya perlu membawa suami berulang alik dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh atau HRPZII untuk mencuci luka pada sebelah pagi manakala di waktu malam akan dilakukan sendiri di rumah.

"Luka ini perlu dicuci sehinggalah ia tertutup dan doktor menjangkakan ia akan tertutup sepenuhnya di antara tempoh lima atau enam bulan," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Bunut Payong.

Noraini berkata, kini mereka sekeluarga hilang punca pencarian selepas suami yang menjadi ketua keluarga terlantar dan pada masa sama, dia juga terpaksa berhenti kerja sementara waktu sebagai tukang mewarna batik bagi menguruskan keperluan serta memberi perhatian kepada suaminya yang memerlukan sokongan untuk pulih.

"Sebaik berhenti kerja, kami sekeluarga perlu berjimat cermat dan mujurlah ada adik-beradik yang boleh bergantung harap dan membantu sekadar yang termampu kerana mereka juga bukan dalam kalangan orang yang senang.

"Dalam masa sama, suami turut mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung dan boleh digunakan untuk membeli keperluannya.

"Setiap bulan saya perlu memperuntukkan kira-kira RM1,000 untuk membeli pelapik kalis air, alat mencuci luka, ubat-ubatan, susu khas yang berharga RM95 setin serta kos ulang alik ke hospital," katanya yang juga perlu membayar sewa rumah RM280 sebulan.

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia 10 tahun ini berkata, dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk terus cekal dan tabah dan berharap suaminya kembali pulih.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0301041000104067 atas nama Rozaimi Ramli atau boleh menghubungi isterinya, Noraini di talian 016-7547889.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/919961/derita-suami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.124504 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list