CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Pahang] Jururawat 'dipaksa' buat pinjaman angkara Macau Scam

[Copy link]
Post time 31-12-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Jururawat kerugian RM198,000 selepas diperdaya Macau Scam yang menyamar sebagai ejen penghantaran barang dan pegawai polis, sebelum meminta wanita itu membuat pinjaman bank.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 36 tahun membuat laporan semalam, mendakwa semuanya bermula selepas menerima panggilan telefon suspek pada 13 Disember lalu.

Katanya, suspek menghubungi mangsa mendakwa daripada syarikat penghantaran barang, namun panggilan kemudian disambung kepada pegawai polis.


"Dalam panggilan sambungan itu, suspek mendakwa kononnya mangsa terbabit dengan sindiket senjata api dan pengedaran dadah.

"Mangsa kemudian telah diminta membuat pinjaman peribadi oleh suspek sebelum diberikan satu pautan untuk mengisi maklumat.

"Selepas pinjaman peribadi itu diluluskan oleh pihak bank, kira-kira dua minggu selepas tarikh permohonan, wang diterima telah dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari oleh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ramli menasihati orang ramai supaya tidak memberikan segala butiran perbankan kepada pihak ketiga menerusi sebarang aplikasi atau pautan yang mencurigakan.

"Adalah diingatkan bahawa pihak penguat kuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon.

"Sentiasa semak dengan balai polis, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angkara-macau-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.150909 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list