View: 299|Reply: 0
|
[Terengganu]
Semua sekolah di Terengganu dapat dibuka sepenuhnya
[Copy link]
|
|
GURU, Azizan Sudin membersihkan meja dan kerusi sebagai persediaan pembukaan sekolah yang bermula 1 Januari 2023 di SK Kampung La. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Sesi persekolahan di Terengganu bermula esok seperti biasa dengan semua sekolah sudah bersedia menerima kemasukan pelajar untuk sesi penggal ketiga.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah berkata, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini memaklumkan pengagihan peralatan seperti meja dan kerusi ke sekolah yang terjejas banjir juga selesai dilakukan.
"Sesi persekolahan bagi negeri Terengganu berjalan seperti biasa esok dan semua sekolah termasuk yang dilanda banjir baru-baru ini sudah berada dalam keadaan baik.
"Kita berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam memastikan sekolah yang terkesan banjir ini dibersihkan sepenuhnya bagi membolehkan semua pelajar kembali ke sekolah seperti biasa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Abdul Muie berkata, banjir luar biasa yang melanda Terengganu pada 18 Disember lalu menyebabkan 61 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah terkesan banjir.
"Bencana yang melanda negeri ini juga mengakibatkan beberapa kerosakan di sekolah terbabit antaranya komputer, komputer riba, buku teks, kerusi dan meja," katanya.
Menurut Abdul Muie lagi, sepanjang banjir yang melanda negeri ini juga, 143 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
"Daerah Hulu Terengganu paling banyak sekolah terkesan banjir iaitu 17 sekolah diikuti Dungun (11), Setiu (10), Besut (9), Kuala Nerus (8), Kuala Terengganu (8), Kemaman (7) dan Marang (4)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-dibuka-sepenuhnya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|