CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Johor] 19 mangsa ditipu ejen perumahan, janjikan RMMJ

[Copy link]
Post time 1-1-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor ketika ditemuramah selepas Program Jom Turun PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar di Flat Sri Stulang Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Sebanyak 19 kes penipuan menyamar sebagai ejen perumahan menawarkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikesan di negeri ini tahun lalu membabitkan kerugian RM122,000.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, penyamar ejen perumahan itu menjanjikan 19 mangsa untuk memiliki rumah berkenaan dengan pembayaran deposit.

Katanya, lelaki berusia 55 tahun itu mengenakan bayaran deposit antara RM500 hingga RM5,000 terhadap mangsa yang dikenali menerusi rakan terdekat.


"Kes dipercayai berlaku sejak Julai tahun lalu. Pihak kami telah menerima aduan dari seorang mangsa pada mulanya yang datang ke pejabat Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

"Kami nasihatkan mangsa membuat laporan polis, kemudian bulan berikutnya terdapat lagi tiga mangsa lain membuat aduan di pejabat kami mengenai isu sama iaitu menjanjikan RMMJ dengan sejumlah bayaran.

"Pihak kami ada membuat semakan nama ejen perumahan terbabit dan hasilnya lelaki itu hanya menyamar dan namanya tiada dalam sistem kami," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR di PPR Sri Stulang dan PPR Sri Iskandar di sini, hari ini.

Jelas Mohd Jafni, pihaknya sudah memohon Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kes penyamaran dan penipuan itu.

Katanya hasil siasatan polis, sebanyak 19 kes dikesan dengan kerugian membabitkan RM122,000.

"Saya dimaklumkan, lelaki itu telah dituduh di Mahkamah Johor Bahru, bulan lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan pemohon RMMJ dan rumah PPR.

"Lelaki itu menggunakan beberapa ejen di bawahnya dan akan bertemu dengan mangsa menerusi kenalan terdekat bagi memberikan tawaran palsu tersebut.

"Pembeli dan pemohon diingatkan bahawa kerajaan negeri tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk permohonan rumah, rakyat perlu tahu. Segala permohonan boleh dibuat terus ke laman sesawang eperumahan.

"Jangan mudah tertipu dengan helah ejen atau orang tengah yang kononnya mampu tawarkan rumah dengan kenakan bayaran deposit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mahan-janjikan-rmmj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.315022 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list