CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tidak segan mengaku sering minum arak

[Copy link]
Post time 1-1-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Nilai: "Agak menyedihkan kerana kebanyakan yang ditahan berusia awal 20-an yang mana ada yang masih belum bekerja. Malah, mereka tanpa segan silu mengaku sering minum minuman beralkohol."

Itu luahan Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah susulan penahanan sembilan pengunjung beragama Islam dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Nilai, di sini, malam tadi.

Katanya, operasi itu dijalankan mulai jam 12 tengah malam bagi mengesan penganut agama Islam yang mengambil minuman yang memabukkan.

"Hasil risikan yang dilakukan, kami mendapati pusat hiburan ini memang menjadi lokasi tumpuan orang beragama Islam di sekitar daerah ini untuk melepak atau berhibur sambil minum minuman keras.

"Hasilnya, kami menahan sembilan pengunjung beragama Islam susulan ujian kandungan alkohol dalam badan menunjukkan keputusan positif.

"Semua mereka berusia dari 20 hingga 31 tahun," katanya ketika ditemui sejurus operasi di sini.

Antara yang ditahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang mendakwa datang dari Sepang, Selangor, ke pusat hiburan itu selepas menerima pelawaan seorang rakan.

Mereka kemudian menempah minuman keras soju yang berasal dari Korea untuk mencuba buat kali pertama.

Lebih menyedihkan, dia yang didapati positif ujian kandungan alkohol dalam badan itu mengakui sudah terbiasa mengambil minuman keras sebelum ini.

Pemeriksaan pada botol minuman yang dihasilkan di Korea Selatan dan diperbuat daripada beras, gandum atau barli itu mendapati kandungan alkoholnya sebanyak 13 peratus.

Ahmad Zaki berkata, semua yang ditahan kemudiann dibawa ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di Seremban bagi tindakan lanjut.

"Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana minum minuman yang memabukkan," katanya.

Terdahulu, pada sebelah petang, pihaknya menjalankan aktiviti advokasi di sekitar Nilai dengan mengedarkan risalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akhlak.


Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sembilan (JHEAINS) ketika membuat serbuan dalam operasi ambang sambutan tahun baru di sebuah kelab malam di Nilai. FOTO AZRUL EDHAM

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -minum-arak-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.523479 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list