CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Tak pergi sekolah, pakaian rosak kasut pula hanyut

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode

NOR INTAN ILYANA sayu melihat buku-buku teks sekolah yang rosak akibat rumah keluarganya di Kampung Serongga, Pasir Mas ditenggelami banjir baru-baru ini.


PASIR MAS – Rata-rata murid dan pelajar di Kampung Serongga, di sini, tidak ke sekolah pada sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula semalam selepas buku-buku termasuk pakaian sekolah mereka rosak akibat banjir kira-kira dua minggu lalu.

Seorang ibu, Nor Aliasahfika Zulkifli, 28, berkata, anaknya, Nor Intan Ilyana Mohamad Salmizan, 7, tidak mahu ke sekolah semalam kerana dia tidak sempat membeli baju sekolah baharu.

“Baju lama rosak akibat tenggelam semasa banjir. Meskipun sudah membasuhnya de­ngan peluntur, namun kesan lumpur tidak tanggal.

“Kasut sekolah Nor Intan Ilyana pula hanyut dibawa arus banjir apabila rumah kami tenggelam hampir paras bumbung,” katanya ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Serongga semalam.

Nor Aliasahfika berkata, Nor Intan Ilyana sepatutnya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang di sini, membuat keputusan untuk tidak ha­dir ke sekolah semalam.

Katanya, selain masih sibuk membersihkan rumah yang masih berlumpur, segala kelengkapan persekolahan anaknya itu juga masih belum disiapkan.

“Meskipun dibenarkan ke sekolah memakai baju biasa, Nor Intan Ilyana tidak mahu kerana kawan-kawannya memakai baju seragam ke sekolah hari ini (semalam),” katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Serongga yang hanya mahu dikenali sebagai Yaakob berkata, anaknya, Mohd. Amar Rifqi, 7, juga tidak ke sekolah kerana kasutnya hilang dihanyutkan air banjir.

Menurutnya, selain masalah kelengkapan sekolah, kebanyakan kanak-kanak di kampung itu demam selepas pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Kiambang minggu lalu.

“Saya dan keluarga semua demam selepas pulang dari PPS. Bagi mengelakkan demam berjangkit, saya tidak menghantar Mohd. Amar Rifqi ke sekolah hari ini (semalam).

“Biar dia berehat dan sembuh dahulu. Selepas itu, baru kami membeli kelengkapan sekolah yang baharu agar dia boleh bersekolah seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pe­ngarah Pendidikan Sektor Pe­ngurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), Mohd. Zin Halim berkata, seba­nyak 78 buah sekolah di Kelantan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk memulakan sesi persekolahan.

Katanya, daripada jumlah itu, ia melibatkan sebanyak 18 buah sekolah menengah dan 60 buah lagi sekolah rendah.

Menurutnya, sepanjang tempoh banjir baru-baru ini, seba­nyak 114 buah sekolah di Kelantan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir dan ia sudah ditutup sepenuhnya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -kasut-pula-hanyut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list