CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tujuh ditahan tunggang motosikal ala superman

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Antara aksi penunggang motosikal yang dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Seremban- Port Dickson pada Ahad.



PORT DICKSON - Tujuh samseng jalanan yang mempamerkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Seremban - Port Dickson di sini mengundang padah selepas ditahan polis pada Ahad.

Tangkapan kesemua penunggang itu dilakukan secara berasingan menerusi Op Khas Samseng Jalanan bermula jam 9 pagi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Menurut sumber, kesemua penunggang itu dikesan melakukan aksi superman dan zig-zag yang membahayakan kepada diri serta pengguna jalan raya lain.

    "Tangkapan pertama membabitkan tiga penunggang sebelum menahan dua lagi penunggang di lokasi berlainan.

"Operasi seterusnya kemudian berjaya mengesan dua lagi penunggang yang melakukan aksi berbahaya terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, kesemua motosikal jenis Yamaha 125ZR, Yamaha Y15ZR, Yamaha 135LC dan Yamaha Lagenda 115Z FI telah dirampas untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan mendapati penunggang terbabit terdiri daripada remaja lelaki berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... tosikal-ala-samseng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list