View: 311|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita dipercayai alami tekanan perasaan, hilang sejak 15 Disember
[Copy link]
|
|
Hasna
BATU PAHAT: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman keluarga di Parit Terus, Senggarang, di sini, sejak 15 Disember lalu.
Daeng Mohd Fadzli Anuar, 42, berkata adik bongsunya, Hasna berusia 38 tahun dan belum berkahwin, keluar rumah kira-kira jam 7.30 pagi dengan hanya membawa wang RM20.
Beliau berkata, kali terakhir Hasna dilihat berpakaian baju lengan panjang berwarna biru dan memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna perak dengan nombor pendaftaran JKQ 4457.
"Hasna menganggur sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 lagi dan sejak itu, duduk di rumah keluarga.
"Sebelum itu, adik bekerja sebagai pembantu kedai di Kuala Lumpur dan berhenti kerja selepas mengalami sakit di tulang belakang akibat terjatuh di dalam bilik air.
"Sejak menganggur, perwatakan Hasna dilihat berubah menjadi pendiam dan suka menyendiri, malah dengan emak pun dia kurang bercakap.
"Sebelum keluar rumah, berlaku sedikit pertengkaran mulut antara Hasna dengan seorang lagi abangnya kerana Hasna ada meninggikan suara pada emak menyebabkan abangnya itu marah," katanya kepada BH.
Daeng Mohd Fadzli berkata, adiknya adalah seorang yang menjaga solat dan ini pertama kejadian sedemikian berlaku.
"Hasna mungkin berasa semakin tertekan kerana sebelum ini dia ada berkawan dengan seseorang yang berjanji mahu datang menemui keluarga tetapi masih tidak kunjung tiba hingga sekarang.
"Selepas keluar rumah, telefon bimbit adik tidak aktif. Kami juga tidak tahu dia berkawan dengan siapa, dan hendak menghubungi siapa yang boleh membantu," katanya.
Beliau berkata, laporan polis sudah dibuat pada 18 Disember lalu berhubung kehilangan Hasna, selain berusaha menghebahkan perkara itu melalui media sosial sejak semalam untuk meminta bantuan orang ramai kerana buntu selepas segala usaha pencarian masih gagal.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-sejak-15-disember |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|