View: 358|Reply: 0
|
[Johor]
Maklumat wanita mendakwa mangsa ragut mencurigakan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendakwa dirinya sebagai mangsa ragut selepas ditemukan baring di tepi Jalan Skudai berhampiran sebuah hotel berhampiran Danga Bay di bandae raya Johor Bahru di sini, semalam.
Johor Bahru: Maklumat wanita berusia dalam lingkungan 50-an ditemukan terbaring di tepi jalan di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay di sini yang mendakwa menjadi mangsa ragut didapati mencurigakan.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru Adnan Md Yassin berkata, Ops Adhoc dijalankan pada 12 tengahari semalam selepas menerima maklumat dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyatakan menemukan wanita berkenaan berhampiran sebuah hotel di bandar raya ini.
Menurutnya, ketika dihampiri kakitangan JKM, wanita dipercayai warga tempatan enggan ditemubual mahupun memberi kerjasama.
Katanya, wanita berkenaan juga enggan memberikan maklumat diri.
"Wanita itu memaklumkan memiliki keluarga di Pasir Gudang akan tetapi enggan memberi alamat lengkap kepada pegawai JKM.
"Wanita berkenaan juga mempertikaikan keberadaan JKM di situ kerana mendakwa dia hanya bersiar-siar dan menunggu bas untuk ke pusat bandar Johor Bahru.
"Selepas bas tiba, dia tergesa-gesa menaiki pengangkutan awam itu menuju ke pusat bandar," katanya.
Adnan berkata, seperti yang didakwa, wanita berkenaan juga gagal menunjukkan sebarang laporan dirinya diragut atau menyatakan lokasi kejadian selain tidak mahu dibantu termasuk dihantar ke rumah keluarga.
"Perbualan wanita itu juga tidak normal.
"JKM bersedia untuk memberikan kerjasama jika ada aduan berkaitan atau laporan berkaitan wanita itu," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, perkongsian Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menerusi Facebook (fb) berkaitan wanita itu mendapat perhatian netizen.
Difahamkan wanita itu ditemukan terbaring di tepi jalan tanpa menghiraukan aspek keselamatan.
Wanita berkenaan mendakwa dia diragut selepas wakil MAIJ ingin melihat kad pengenalannya.
Malah apabila wakil MAIJ mahu menghantarnya ke rumah atau tempat lebih selesa untuk berehat, wanita berkenaan gagal memberi kerjasama sebelum MAIJ ambil inisiatif menghubungi JKM bagi menyalurkan maklumat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ragut-mencurigakan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|