CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Terengganu] Isteri tabah jaga suami terlantar lumpuh

[Copy link]
Post time 3-1-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

NUR KHAIRUL BARIAH MOKHTAR memberi susu khas kepada suaminya, Muhammad Faizal Hakimi Mat Jusoh yang terlantar di Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT

    Oleh NOOR HAYATI MAMAT
    3 Januari 2023, 9:30 am

HULU TERENGGANU: Seorang wanita tabah menjaga suaminya yang terlantar lumpuh sejak September lalu setelah terlibat kemalangan di Aring 5, Gua Musang, Kelantan pada September tahun lalu.

Nur Khairul Bariah Mokhtar, 29, dari Kampung Tengkawang berkata, kehidupannya sekeluarga juga berubah apabila suami, Muhammad Faizal Hakimi Mat Jusoh, 26, dan anak mereka, Ahmad Hakim Muhammad Faizal Hakimi, 2, dijaga oleh abang iparnya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika suaminya dalam perjalanan ke tempat kerja setelah kereta dipandu terbabas sebelum berpusing beberapa kali dan melanggar tebing di tempat kejadian.

“Akibat kemalangan itu, suami saya lumpuh separuh badan, tulang tunjang tengkuknya juga patah dan dimasukkan besi.

“Doktor memaklumkan keadaan suami boleh pulih semula, tetapi ambil masa lama selain turut bergantung kepada semangat serta kekuatan dalam dirinya. Rawatan dan pemeriksaan susulan adalah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengkawang dekat sini, hari ini.

Nur Khairul Bariah memberitahu, sebelum ini mereka menyewa rumah di Gua Musang kerana suami bekerja di sebuah kilang kelapa sawit di Aring 5. Namun, setelah kejadian itu, kami pulang ke kampung tinggal di rumah ayah suami, Mat Jusoh Sulaiman, 68.

Katanya, suaminya memerlukan penjagaan rapi dan diberikan minum susu khas menggunakan tiub yang dipasang di hidungnya setiap empat jam sekali

“Sepanjang menjaga suami di hospital, anak kami dijaga abang ipar sekeluarga di Dungun sehinggalah sekarang demi membolehkan saya beri sepenuh tumpuan uruskan suami buat masa ini.

“Perbelanjaan keperluan suami cecah lebih RM1, 500 sebulan bagi membeli lampin pakai buang, susu khas serta ubat-ubatan dibeli di farmasi. Syukurlah, sehingga kini adik-beradik suami banyak membantu dalam pelbagai bentuk,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun CIMB bernombor 7640026894 atas nama Muhammad Faizal Hakimi Mat Jusoh atau hubungi Nur Khairul Bariah Mokhtar di talian 014-5205186. –UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... i-terlantar-lumpuh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055631 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list