CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Masyuk' bawa lebih

[Copy link]
Post time 3-1-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penguat kuasa JPJ memeriksa lori yang ditahan ketika diperiksa di Stesen Penguatkuasa JPJ di Semenyih.

Semenyih: "Saya terpaksa bawa lebih muatan untuk dapat gaji lebih. Jika tidak, saya hanya boleh dapat gaji serendah RM20 bagi setiap perjalanan penghantaran," kata pemandu lori dikenali sebagai Raj.

Raj, 50-an, berkata, gajinya dikira berdasarkan berat muatan dan jarak lokasi penghantaran dengan kadar upah 20 peratus daripada jumlah keseluruhan muatan dibawa yang dibayar pada harga RM3 hingga RM8 setiap tan.

"Setiap hari, seawal jam 3 pagi, saya sudah keluar rumah dan beratur di kuari untuk mengambil barang (batu). Itu pun ada kalanya dapat satu trip (perjalanan penghantaran) sehari.

"Dengan keadaan begitu, gaji diraih jadi sedikit iaitu kurang RM3,000. Disebabkan itu, ada kalanya saya terpaksa juga bawa lebih had muatan," katanya ditemui di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini.

Katanya, meskipun ada kalanya terpaksa melakukan perkara itu, dia menyedari risikonya apatah lagi ketika memandu di jalan raya.

"Saya tahu ada risiko dan sebab itu, jika saya bawa lebih had muatan, saya akan memandu lori dengan lebih berhati-hati bagi mengelak perkara tidak diingini.

"Dalam tahun ini, sudah dua kali saya disaman pihak berkuasa atas kesalahan lebih had muatan dengan saman terdahulu pada Februari lalu," katanya yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 12 tahun lalu.



PEMERIKSAAN dilakukan JPJ bertujuan memastikan pengusaha patuh undang-undang serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Sementara itu, penyelia sebuah syarikat sewa lori yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 40-an berkata, tekanan harga murah ditawar pesaing menyebabkan pihaknya sesekali terpaksa membawa lebih had muatan.

"Ketika ini, muncul banyak syarikat sewa lori yang bersaing memberi harga murah kepada syarikat kuari menyebabkan kami juga terpaksa mengikut rentak itu bagi ketetapan harga.

"Pada masa sama, kami terpaksa menanggung kos penyelenggaraan lori yang tinggi dengan kadar upah rendah. Ia sekali gus menyebabkan kita terpaksa melakukan perkara ini (membawa lebih had muatan)," katanya.

Menurutnya, pihak syarikat juga mahu mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa, namun ada kalanya ia berlaku di luar kawalan mereka.

"Ada juga pemandu yang tidak mendengar arahan supaya jangan melebihi had muatan sebab mereka juga mahu cari duit lebih kerana gaji mereka dikira mengikut berat muatan dan jarak penghantaran.

"Justeru, kita harap ada cadangan daripada mana-mana pihak bagi membantu kami dan pemandu lori untuk mengatasi masalah ini," katanya yang menjalankan perniagaan sewa lori sejak 20 tahun lalu.

https://www.hmetro.com.my/utama/2023/01/921645/masyuk-bawa-lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.039368 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list