CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 0

[Johor] 'Apa lagi yang ceti haram ini tak puas hati?'

[Copy link]
Post time 4-1-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: "Dua kereta keluarga musnah terbakar, rumah disimbah cat merah selain kami terpaksa menjelaskan RM16,500 namun sindiket ceti haram masih tidak hentikan ancaman," kata Heng Hang Lim, 41.

Hang Lim berkata, tindakan abang sulungnya meminjam wang sejumlah SGD300 (RM984) daripada ceti haram pada Jun lalu menimbulkan pelbagai masalah tidak diingini kepada keluarganya.

Operator pengeluaran itu berkata, abangnya berstatus duda berusia 42 tahun dan bekerja sebagai pekerja kontrak di Singapura.

Katanya, difahamkan ceti haram berkenaan mendesak abangnya untuk membayar pinjaman secara ansuran iaitu SGD100 (RM328) selama 24 bulan.

"Bagaimana abang hanya membayar sebahagian wang diminta kepada ceti haram itu sebelum keluarga kami yang tiada kaitan dengan urusan pinjaman wang menjadi sasaran.

"Saya, isteri bersama dua anak serta seorang anak saudara yang tinggal bersama di Taman Medan Jaya di Kota Tinggi teraniaya dan terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan.

"Selain menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dari Singapura, rumah keluarganya diancam sindiket berkenaan berulang kali.

"Pada 19 Julai lalu, kediaman kami dibaling bom petrol hingga dua kereta keluarga musnah terbakar, ia termasuk Perodua Myvi dan Kia Carnival serta mengakibatkan kerugian RM130,000," katanya.

Hang Lim berkata, mujur ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri dengan keluar rumah mengikut pintu belakang.

Menurutnya, ketika kejadian pada tengah malam, dia keluar bekerja di Singapura dan terkilan apabila dihubungi isteri memaklumkan perkara itu.

Katanya, sehingga kini dia juga sudah membuat laporan polis sebanyak tiga kali termasuk pada 19 Julai lalu, 16 dan 19 Disember di Balai Polis Kota Tinggi di sini.



HANG Lim menunjukkan video kereta keluarga terbakar selepas dibaling bom petrol manakala Jimmy menunjukkan laporan polis dibuat mangsa. FOTO Mary Victoria Dass

"Saya didesak untuk membayar kadar bunga yang didakwa mencecah SGD5,800 (RM19,000), tanpa berfikir panjang saya membuat bayaran RM16,500 pada 16 Disember lalu dengan harapan tiada lagi gangguan.

"Saya fikir ia adalah penghujung namun mereka tidak berhenti menganiaya kami apabila rumah kami juga disimbah cat pada 19 Disember selain ditampal notis berbaur ugutan bagi mendapatkan wang tambahan.

"Saya membuat laporan polis bahawa tidak mahu bertanggungjawab atas hutang abang dan saya rela memutuskan hubungan dengannya kerana tidak sanggup lagi dianiaya," katanya.

Hang Lim mengadu permasalahannya kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Tebrau di Taman Gaya di sini hari ini.

Jimmy Puah berkata, kes berkaitan ceti haram kerap berulang dan masih tiada penyelesaian.

"Saya tidak menolak kemungkinan sindiket ceti haram di Singapura turut ada kaitan dengan sindiket ceti haram di negara ini.

"Mereka menggunakan nombor telefon berdaftar di Singapura bagi mengelakkan diburu polis.

"Diharap sindiket berkenaan diberkas selain diambil tindakan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-puas-hati-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.274563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list