View: 359|Reply: 0
|
[Johor]
Kes budak 4 tahun mati didera, kakak antara 3 akan didakwa esok
[Copy link]
|
|
Laporan BH Online pada Ahad lalu mengenai lanjutan tempoh reman 5 suspek kes kematian budak lelaki 4 tahun dipercayai mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat.
JOHOR BAHRU: Kakak kepada budak lelaki berusia empat tahun yang maut, dipercayai didera di Senggarang, Batu Pahat pada Isnin minggu lalu, antara tiga individu akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata polis sudah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh ketiga-tiga suspek berkenaan di Mahkamah Majistret Batu Pahat.
"Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak empat tahun yang didera sehingga maut di Senggarang akan dituduh esok. Dua lagi suspek akan jadi saksi pendakwaan," katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, di sini hari ini.
Sabtu lalu, Mahkamah Majistret Batu Pahat dilapor melanjutkan tempoh reman lima suspek kes berkenaan berusia antara 15 hingga 37 tahun, termasuk sepasang suami isteri.
Dalam kejadian Isnin minggu lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang.
Kamarul Zaman sebelum ini dilapor mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul.
Kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis kemudian mengklasifikasikan semula siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas kematian mangsa.
https://www.bharian.com.my/berit ... 3-akan-didakwa-esok |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|