CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Awie tidak lagi sunyi

[Copy link]
Post time 7-1-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Rafie (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Awie. FOTO ihsan pembaca


Seremban: Remaja lelaki yang tinggal sendirian akibat kehilangan bapa pada November lalu, kini ceria selepas berjaya menyambung pelajaran di Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) di Kampung Gentam, Kuala Pilah, dalam bidang pastri.

Muhammad Syakawie Abdullah, 16, atau lebih mesra dengan panggilan Awie berkata, dia mahu mengubah masa depannya selepas berhenti belajar ketika di tingkatan tiga.

Awie yang kini terpaksa berjauhan dengan kubur bapa angkatnya akan memastikan pulang dan menziarahi kubur setiap kali cuti.

"Semangat untuk belajar untuk masa depan Awie. Teringin juga mahu balik tengok kubur ayah dan balik rumah angah (saudara angkatnya, Zubaidah Anuar, 31).

"Terima kasih YB dan semua pihak yang membantu saya. Saya ada kawan baru. Saya pilih bidang pastri kerana saya minat memasak," katanya yang sudah memulakan sesi pembelajaran pada Selasa lalu.

Sementara itu, Zubaidah berkata, ibunya kini dalam proses mengambil Muhammad Syakawie sebagai anak angkat yang sah dengan bantuan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kemasukan Awie ke kolej juga dibantu YB (Adun Ampangan, Datuk Dr Mohammad Rafie Abd Malek) termasuk segala kos pembelajarannya. Saya harap Awie akan berjaya suatu hari nanti.

"Awie ini juga ada masalah untuk mendapatkan kad pengenalan dan itu pun pejabat YB yang bantu uruskan semuanya. Terima kasih sangat-sangat," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan remaja berusia 16 tahun terpaksa berdikari dan tinggal sendirian di rumahnya selepas kehilangan bapa pada penghujung bulan lalu akibat serangan jantung.

Ibu saudaranya Faridah Aziz, 51, berkata, remaja itu lebih selesa tinggal di rumah pusaka di Kampung Sungai Pupuh, Ampangan di sini, walaupun sudah diajak untuk tinggal bersama anaknya yang berusia 30 tahun.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ie-tidak-lagi-sunyi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056186 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list