View: 388|Reply: 0
|
[Johor]
'Amoi' punya pasal, rugi RM68,460
[Copy link]
|
|
CHONG Hing (kanan) membuat aduan kepada Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse hari ini. FOTO Mary Victoria Dass.
Johor Bahru: Seorang warga emas mendakwa kerugian RM68,460 selepas menjadi mangsa Love Scam seorang wanita tempatan.
Mangsa, Chong Hing, 62, yang juga bekas pemandu lori mengenali wanita berusia 20-an menggelar dirinya sebagai Yean pada Mac tahun lalu.
Menurutnya, hubungan mereka semakin rapat apabila kerap berhubung menerusi WhatsApp sebelum terpedaya dengan pujukan wanita berkenaan untuk menyertai pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh kurang sebulan.
Katanya, dengan pelaburan RM50,000, dia mampu mendapat pulangan RM100,000.
"Saya tidak fikir panjang untuk membuat pelaburan menggunakan wang simpanan yang dikumpul selama 27 tahun, kad kredit serta sanggup meminjam sejumlah wang dari ahli keluarga.
"Saya sebenarnya yakin kerana Yean mendakwa dia turut menyertai pelaburan sama dengan melabur sejumlah RM20,000 serta dia turut menunjukkan bukti transaksi kewangan pernah dilakukan.
"Tambahan pula Yean membawa saya bertemu dengan ibunya untuk menunjukkan kejujuran dalam hubungan cinta kami walaupun perbezaan usia kira-kira 40 tahun selain memberikan salinan kad pengenalan (dipercayai palsu)," katanya.
Chong berkata, dia membuat pelaburan dengan membuat transaksi kewangan ke akaun bank milik individu tidak dikenali iaitu Bobby Hermawan dan Chia Kei Leing.
Menurutnya, transaksi wang dilakukan pada RM15,000 pada 2 November 2022 dan diikuti RM53,460 pada 4 November 2022 termasuk cukai.
Katanya, dia dijanjikan pulangan itu akan dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada 30 Disember2022.
"Malangnya saya menyedari tertipu apabila mendapati pulangan dijanjikan iaitu RM112,000 tiada malah Yean memberi alasan pengurusan pelaburan tidak dapat membuat pembayaran kerana akaun saya bermasalah.
"Selepas kejadian itu, Yean mula menjauhkan diri daripada saya seolah-olah sudah memutuskan hubungan.
"Saya tidak menolak kemungkinan Yean adalah scammer dan tujuannya menjalin hubungan mesra dengan saya bertujuan mempengaruhi saya menyertai pelaburan yang mungkin tidak wujud," katanya ketika membuat aduan kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di Taman Gaya di sini hari ini.
Mangsa yang mengalami kerugian RM68,460 membuat laporan polis di Balai Polis Pelangi Indah pada 3 Januari lalu.
Jimmy berkata, pihaknya berharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyertai sebarang pelaburan kerana ia boleh mengakibatkan mereka menanggung kerugian serta berdepan masalah tidak diingini.
"Akibat menjadi mangsa, sesetengah individu berdepan tekanan, orang ramai seharusnya berwaspada dengan tawaran pulangan berlipat kali ganda yang tidak masuk akal," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan menerima kejadian itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pasal-rugi-rm68460 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|