CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Kelantan] Dadah ketamin RM1.4 juta dirampas, pelajar sekolah antara ditahan

[Copy link]
Post time 8-1-2023 02:47 PM | Show all posts |Read mode


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rampasan dadah jenis ketamin bernilai RM1.4 juta menerusi sekatan jalan yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Laloh, Kuala Krai, pagi kelmarin. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas dadah jenis ketamin bernilai RM1.4 juta menerusi sekatan jalan yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kampung Laloh, Kuala Krai, pagi kelmarin.

Menerusi rampasan dadah jam 8 pagi itu, polis turut menahan empat lelaki berusia 16 hingga 30 tahun termasuk seorang pelajar sekolah menerusi serbuan berasingan sejak kelmarin sehingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pada jam 8 pagi kelmarin, sepasukan penguatkuasa JPJ mengadakan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan.

"Pihak JPJ mendapati sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan apabila berhenti secara mengejut sekitar 200 meter daripada sekatan jalan raya sebelum dua lelaki melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan terhadap kereta berkenaan menemui bungkusan berwarna putih yang diletakkan dalam but kereta disyaki dadah.

"Pihak JPJ kemudiannya memaklumkan kepada polis Kuala Krai dan kita mendapati dua guni putih dan satu beg pakaian beroda yang di dalamnya terdapat debu putih iaitu dadah jenis ketamin seberat 25.5 kilogram dengan anggaran nilai RM1.4 juta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, susulan rampasan berkenaan pihaknya melakukan empat serbuan berasingan di Pasir Mas sejak kelmarin sehingga semalam.

"Hasil serbuan berkenaan kita berjaya menahan empat lelaki berusia 16 hingga 30 tahun termasuk seorang pelajar.

"Kita percaya bekalan dadah ini dibawa dari negara jiran dan dalam perjalanan untuk di bawa ke Lembah Klang.

"Siasatan lanjut masih dilakukan berhubung peranan keempat-empat suspek berkenaan memandangkan kebanyakannya masih muda. Malah, kereta yang digunakan juga adalah kereta yang disewa," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau dan mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kenderaan Perodua Myvi turut disita untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... olah-antara-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.040419 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list