View: 405|Reply: 0
|
[Johor]
Along dapat upah hingga RM800 simbah cat rumah peminjam
[Copy link]
|
|
Kamarul Zaman Mamat
Johor Bahru: Sanggup mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor demi bayaran antara RM500 hingga RM800 untuk melakukan ugutan jenayah dengan menyimbah cat dan khianat dengan api.
Itu taktik dilakukan lapan ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau Ahlong sejak Oktober 2022 sebelum ditahan di Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.40 petang, Rabu lalu.
Bukan sahaja bertindak sebagai pelaku kepada aktiviti khianat dengan api dan simbah cat ke atas rumah peminjam wang yang gagal membuat bayaran semula, turut ditahan antara mereka adalah keldai dadah.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan suspek yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga asing berusia antara 27 hingga 68 tahun itu kemudian merungkai 21 kes yang berlaku di negeri ini dan masing-masing satu kes di Melaka dan Kuala Lumpur.
"Sindiket ini datang dari Kuala Lumpur ke sini, semata-mata hendak melaksanakan tugas mereka menyimbah cat atau melakukan khianat dengan api.
"Setiap kali mereka lakukan pembakaran dan simbah cat, mereka akan rakam video dan beri kepada sindiket untuk dapatkan bayaran," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, hasil siasatan awal mendapati, antara suspek yang ditahan adalah mereka yang turut menjadi peminjam kepada Ahlong dan akibat gagal menjelaskan hutang, mereka terpaksa melakukan jenayah itu sebagai cara melangsaikan hutang mereka.
"Antara barangan yang dirampas ketika serbuan adalah tujuh telefon bimbit, wang tunai RM4,649, empat baju yang mempunyai kesan cat merah, resit sewa kereta, dua kereta dan kertas tercatat alamat rumah peminjam.
"Semua suspek kini direman sehingga 10 Januari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 427, Seksyen 435 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cat-rumah-peminjam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|