Isteri kepada seorang aktor terkenal membuat aduan polis bahawa suaminya melakukan kekerasan terhadap dirinya sehingga dia berlumuran darah, lapor portal berita Suara.com hari ini.
Seorang pegawai polis di Jawa Timur, Totok Suharyanto menyatakan ketika membuat laporan, isteri tersebut iaitu aktres Venna Melinda juga membawa barang bukti iaitu sehelai kain tuala dan pakaian yang berlumuran darah.
Muka Venna Melinda berlumuran darah selepas dia membuat laporan polis bahawa suaminya melakukan kekerasan terhadapnya. - Istimewa
Belum ada keterangan lebih berkaitan dakwaan kekerasan domestik yang didakwa dilakukan oleh suaminya, Ferry Irawan, manakala pihak polis masih melakukan siasatan.
Kejadian itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Kediri.
Bagaimanapun, terdapat seorang netizen yang mengaku sebagai saksi dalam kes tersebut kerana dia juga berada di sebelah bilik Venna, mendengar teriakan dari ibu tiga orang anak itu.
Sementara itu, Ferry Irawan dikhabarkan juga sudah diminta memberikan keterangan berhubung dengan kes tersebut.
Sumber: Kosmo |