CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Pahang] Tahi ayam pada telur rebus antara punca tiga gerai diarah tutup 14 hari

[Copy link]
Post time 10-1-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Najis yang terdapat pada telur ayam yang direbus. - Foto ihsan MBK

KUANTAN: Tiga gerai makan di bandar ini, diarah tutup selama 14 hari berikutan peniaga tidak mengamalkan aspek kebersihan pada tahap memuaskan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah telur ayam yang direbus masih diselaputi najis.

Katanya, selain itu pekerja tiada kad kesihatan, tidak memakai apron dan penutup kepala, manakala peralatan seperti pinggan dan mangkuk tidak dicuci dengan sempurna dan rosak.

"Lantai gerai juga dalam keadaan kotor dan pada masa sama pelesen tiada di premis ketika pemeriksaan dilakukan.




"Berikutan itu, sebanyak enam kompaun berjumlah RM1,150 dikeluarkan terhadap peniaga terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi gempur itu dijalankan Bahagian Penjaja dan Penguatkuasaan MBK pada 5 Januari lalu.

Katanya, berikutan itu tiga gerai terbabit diarah tutup selama 14 hari dari tarikh operasi.

"Kesalahan yang dilakukan peniaga terbabit ialah mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Seksyen 8 (langgar syarat), Seksyen 31 (bekas makanan tidak bersih), Seksyen 6(1) pengendalian makanan (makanan kotor) dan Seksyen 16(f) (kebersihan).

"Dalam kes ini, MBK meminta semua pengendali makanan mengutamakan kebersihan bukan sahaja makanan dan minuman, malah peralatan yang digunakan serta kebersihan di premis dan gerai perlu diberikan perhatian," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rai-diarah-tutup-14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.096419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list