CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Johor] Punca kapal kargo lima kru hilang sejak 10 hari lalu cetus misteri

[Copy link]
Post time 10-1-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode

Kapal kargo MV Dai Cat 06 dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu, ketika belayar dari Perak ke Sarawak sejak berdaftar di Malaysia.

JOHOR BAHRU: Sebuah kapal kargo yang membawa muatan besi paip dari jeti Kampung Acheh, Perak ke Kuching, Sarawak, dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata pihaknya menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat dari MRSC Langkawi pada 5.13 petang semalam, berkaitan kehilangan kapal kargo MV Dai Cat 06 yang berdaftar di Malaysia.

Beliau berkata, maklumat diterima ekoran laporan polis yang dibuat semalam pada jam 12.11 tengah hari oleh ejen kapal.

Menurutnya, laporan mendakwa kapal kargo MV Dai Cat 06 keluar dari jeti Perak pada 23 Disember 2022 dan sepatutnya tiba di Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2022.


Katanya, lokasi terakhir kapal ini dikesan menerusi sistem Automatic Identification System (AIS) adalah pada 1 Januari lalu di perairan Indonesia iaitu 0.2 batu nautika dari sempadan perairan negeri Johor.

"Maklumat terkini yang diperoleh pada 10.42 malam semalam, suatu isyarat kecemasan Emergency Position Indicatior Radio Beacon (EPIRB) dikesan daripada kapal kargo MV Dai Cat 06 pada kedudukan 30 batu nautika barat laut Pemangkat, Indonesia.

"Isyarat kecemasan ini dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dan Police Operation Command Centre (POCC) Singapura," katanya.

Nurul Hizam berkata, Kapal MV Dai Cat 06 dikendalikan lima kru termasuk tiga warga tempatan dan dua kru warga Indonesia berusia antara 20 hingga 57 tahun.

Beliau berkata, Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Putrajaya memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan kapal kargo MV Dai Cat 06.

Menurutnya, MRSC Johor Bahru turut menghantar IMB Piracy Alert dan Navigational Telex (NAVTEX) bagi memohon bantuan komuniti Maritim sekiranya memiliki maklumat berkaitan kehilangan kapal berukuran 52 meter itu.

Katanya, nilai muatan kapal iaitu 527 batang besi adalah RM726,205.

"Kita tidak mahu membuat sebarang andaian apa yang terjadi tanpa mendapat gambaran atau maklumat jelas.

"Kita terus berkomunikasi dengan Indonesia dan meminta bantuan untuk mengesan kapal berkenaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -lalu-cetus-misteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.112993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list