CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 0

[Johor] Banyak premis makanan di Johor Bahru abai kebersihan

[Copy link]
Post time 10-1-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode

DR Aman (kanan) memeriksa premis makanan ketika Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih) Siri 1/2023 Peringkat Negeri Johor di Stulang Laut. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Terdapat serangga perosak, pekerja tiada suntikan tifoid, pakaian pengendali makanan tidak sesuai dan tidak mempamerkan perakuan pendaftaran premis makanan.

Itu adalah kesalahan utama dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) di premis-premis makanan yang menjadi tumpuan awam di bandar raya ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, melihat kepada keadaan itu, pihaknya tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan premis makanan yang diperiksa.

"Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, banyak premis yang didapati kotor. Saya rasa, JKNJ belum berpuas hati dengan tahap kebersihan, khususnya premis yang sudah diperiksa ini.

"Kita buat pemeriksaan ini secara berkala dan kita akan pastikan bahawa setiap premis akan kita periksa setahun sekali dan mana-mana premis yang didapati melanggar sebarang peraturan, kita akan beri notis tutup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan Operasi Bersepadu Premis Makanan (Ops Bersih) Siri 1/2023 Peringkat Negeri Johor di Stulang Laut di sini, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan sehingga 10 malam itu, sebanyak 113 premis makanan diperiksa di sekitar daerah ini dan sebanyak 130 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Menurut Dr Aman, semua notis dikeluarkan itu membabitkan nilai kompaun RM67,250.

"Daripada jumlah premis makanan yang diperiksa, 15 daripadanya diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Manakala, sebanyak 19 premis makanan pula kita berikan Amaran Pembersihan mengikut Seksyen 10 Akta Makanan 1983," katanya.

Sementara itu, ketika operasi, tinjauan mendapati kebanyakan premis yang diperiksa kotor dengan bahan makanan mentah tidak bertutup dan dihurung lalat, lantai tidak bermop serta tidak bersapu, selain pengurusan makanan sejuk beku tidak menepati piawaian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hru-abai-kebersihan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071197 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list