|
Antara senjata tajam yang dihasilkan oleh Yusof. FOTO NAZDY HARUN
Marang: Walaupun menjangkau usia emas, 'hasil tangan' Yusof Abdullah, 76, tetap ditagih penggemar senjata buatan lelaki berkenaan.
Menurut Yusof, pengalaman bertukang senjata tajam sejak berusia 17 tahun secara tidak langsung membolehkannya menghasilkan pelbagai model terutama pisau untuk kegunaan harian.
Menurutnya, setiap bilah pisau yang dihasilkan dijual dengan harga serendah RM80 hingga RM350 dan dia mampu menyiapkan antara dua hingga tiga unit bergantung kepada tahap kesukaran setiap hari.
"Antara bahan yang digunakan ialah besi spring, paku rel kereta api dan bearing kenderaan, manakala sarung pula diubah daripada sarung kayu kepada sarung plastik.
"Bagi menjimatkan kos, saya buat sarung pisau daripada paip plastik dan jika dibandingkan dengan sarung kayu tentunya harga sebilah pisau akan menjadi semakin mahal.
"Sedangkan kos menggunakan sarung daripada paip plastik tidak begitu mahal dan ia lebih mudah untuk dilentur," katanya.
Yusof yang menetap di Kampung Sena Rendang, di sini, berkata sekiranya mempunyai waktu terluang, dia sendiri akan memasarkan hasil kerja tangannya di pasar malam atau pasar harian.
Menurutnya, disebabkan pesanan meningkat sejak kebelakangan ini, dia tidak sempat untuk menjual, malah masanya banyak dihabiskan untuk menyiapkan tempahan.
"Pisau sembelih, lapah dan kapak untuk memotong tulang antara pilihan utama pelanggan selain pisau-pisau biasa.
"Walaupun sudah menjangkau usia emas, dia masih bersemangat untuk melakukan kerja berkenaan kerana pengalamannya masih diperlukan dalam pembuatan pisau.
"Usia bukan halangan dan selagi kudrat masih kuat, saya akan terus berusaha," katanya yang memiliki 11 cahaya mata, 26 cucu dan enam cicit.
Katanya, pembuatan pisau dilihat mempunyai prospek cerah kerana ia adalah peralatan penting untuk kegunaan harian, tetapi tidak ramai berminat untuk meneruskan pertukangan terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pisau-di-usia-emas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|