CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Gagal selenggara buku stok, KPDN sita barangan

[Copy link]
Post time 11-1-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

Penguatkuasa KPDN memerika sebuah premis pemborong barangan runcit di Nilai 3, di sini, tengah hari tadi. Foto ihsan KPDN.

Nilai: Sebuah premis pemborong barangan runcit di Nilai 3, di sini, dikesan gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan ketika Ops Terjah dijalankan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tengah hari tadi.

Susulan pemeriksaan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, sebanyak 3,768 kilogram (kg) minyak masak, 200 kg tepung gandum dan 312 kg gula disita bagi tindakan susulan.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pemeriksaan dan pemantauan itu dijalankan ke atas bekalan barang yang menjadi tumpuan pengguna terutamanya barangan kawalan seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, didapati premis berkenaan menawar dan membekalkan barangan

kawalan seperti minyak masak, gula, dan tepung gandum untuk diedarkan kepada peruncit.

"Hasil pemeriksaan lanjut terhadap premis berkenaan didapati gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dokumen berkaitan turut disita bagi tujuan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM12,234.80.

Katanya, peniaga berlesen yang berurusan dengan barangan kawalan adalah wajib untuk menyelenggara buku stok barang kawalan dengan sempurna dan kegagalan melakukannya boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 13 (2) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"Kami komited dalam pemantauan berkaitan barangan keperluan asas pengguna terutamanya berkaitan barangan kawalan untuk mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kpdn-sita-barangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.215186 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list