View: 452|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Bantu kami pulang ke Acheh'
[Copy link]
|
|
SUSAN Kartini (tengah) bersama dua anak lelakinya ketika ditemui baru-baru ini. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Kuala Krai: "Bantu kami untuk pulang ke Acheh, Indonesia," luah ibu tunggal Susan Kartini M Yusoff, 43, yang mendakwa kehilangan dokumen perjalanan sekali gus gagal untuk pulang ke negara asalnya.
Menurut Susan Kartini, dia sudah menetap di negara ini sejak 23 tahun lalu selepas bekerja sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur pada usia 19 tahun.
Katanya, beberapa tahun kemudian dia pula berhijrah ke Kelantan untuk mencari pekerjaan baru dan terpaksa berkelana di negara orang dalam tempoh yang lama demi mencari sesuap nasi.
"Bagaimanapun, Allah SWT adalah sebaik perancang apabila bertemu jodoh dan berkahwin dengan warganegara Bangladesh serta dikurniakan tiga cahaya mata.
"Bagaimanapun, bahagia yang dikecapi hanya sekejap apabila suami yang menjadi tempat saya untuk bergantung meninggal dunia, dua tahun lalu.
"Ujian tidak terhenti setakat itu, apabila anak bongsu, Siti Nor Saimah Saiful yang menderita kanser darah meninggal dunia pada tahun lalu," katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya, dia yang kini tinggal bersama dua anak lelaki berusia lapan dan 10 tahun terpaksa menumpang di rumah salah seorang individu yang prihatin dengan nasib mereka kerana tiada tempat untuk berteduh.
"Selepas kehilangan dua insan tersayang, saya tekad untuk kembali ke kampung halaman dan tinggal bersama dengan adik-beradik di sana (Acheh).
"Lagipun adik-beradik ada juga bertanyakan khabar saya dan anak-anak bila kami mahu pulang ke Acheh," katanya.
Katanya, dia berharap agar pihak berkaitan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah dokumen yang hilang itu bagi membolehkan dia dan anak-anaknya kembali ke Acheh.
"Cukuplah setakat ini kami menyusahkan orang di sekeliling dan mahu menjalani hidup lebih baik apabila pulang ke Acheh nanti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ami-pulang-ke-acheh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|