View: 414|Reply: 0
|
[Johor]
Lelaki dalam tahanan polis meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Lelaki tempatan yang mempunyai rekod orang yang dikehendaki polis dan ditahan di lokap Balai Polis Larkin di sini, dilaporkan meninggal dunia, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 47 tahun itu sebelum itu mengadu sakit dan muntah-muntah, pada 6.20 pagi.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Larkin untuk menerima rawatan pada 7.45 pagi.
"Pegawai perubatan yang memberi rawatan kemudian mengesahkan kematian lelaki itu pada 8.30 pagi.
"Bedah siasat dijadualkan hari ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi mengetahui punca kematian dan tindakan lanjut.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan menjalankan siasatan kes berkenaan," katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.
Menurut Raub, lelaki itu ditahan sementara di lokap berkenaan selepas ditahan pada kelmarin sebelum dijadualkan untuk dituduh di mahkamah, semalam.
"Dia ditahan kerana mempunyai rekod orang yang dikehendaki di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes dadah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lis-meninggal-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|