View: 338|Reply: 0
|
[Terengganu]
Berhenti kerja pilih jadi penternak
[Copy link]
|
|
MUJAHID Zulkfle menunjukkan antara spesies burung yang diternak di Kampung Bukit Gasing, Marang, Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Oleh NOOR HAYATI MAMAT
12 Januari 2023, 10:00 am
MARANG: Minat mendalam terhadap pelbagai spesies burung mendorong seorang pemuda di Kampung Bukit Gasing di sini memilih untuk bergelar penternak unggas sejak lima tahun lalu.
Mujahid Zulkfle, 29, yang sebelum ini pernah menjawat jawatan pengurus sebuah syarikat nekad berhenti kerja untuk berkecimpung secara lebih serius dalam dunia ternakan unggas.
Menurutnya, dia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah terlebih dahulu berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran pekerjaan di ibu kota itu.
“Mulanya beberapa spesies burung dibela ahli keluarga dan saya cuma membantu jika ada kelapangan. Semakin lama minat makin mendalam sehinggalah akhirnya saya ambil keputusan berhenti kerja dan terus menetap di kampung.
“Buat masa ini saya ternak beberapa spesies unggas seperti burung puyuh, kuang, merpati, sun conure, ketitir bali dan ayam mutiara. Saya turut lakukan biak baka sendiri.
“Harga setiap spesies berbeza-beza. Misalnya, burung puyuh telur, mini dan chukar dijual dengan harga serendah RM2 hingga RM1,000 seekor, manakala burung kuang antara RM500 RM1,500 sepasang,” katanya ketika ditemui di sini.
Tambah Mujahid, bagi burung spesies sun conure pula dijual dengan harga RM2,000 sepasang dan ada spesies tertentu perlu dapatkan permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Katanya, walaupun pendapatan bulanan diperoleh tidak menentu dan adakalanya tidak sampai RM500 sebulan namun dia seronok menjadikan penternakan unggas sebagai kerjayanya.
“Walaupun permintaan terhadap unggas tinggi hingga saya sendiri tidak mampu penuhi permintaan, namun tetap ada pasang surutnya.
“Permintaan datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak namun ketika ini saya hanya mampu membekalkan unggas kepada pelanggan di Semenanjung.
“Paling tinggi permintaan buat masa ini adalah spesies burung kuang dan saya berhasrat untuk menternak burung merak pula selepas ini. Ternakan unggas tidak terlalu sukar, cabaran penyakit juga tidak tinggi selain mudah untuk dibiak,” jelasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lih-jadi-penternak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|