View: 1924|Reply: 6
|
Kedekut Melabur Tapi Hina Bini Macam 'Acik-acik, Ada Hati Cuba Mengayat Doktor Cantik
[Copy link]
|
|
Topik 'lelaki tak pernah cukup satu' semakin hangat dibincang terutama sejak kes rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
Malah, ada lelaki tergamak menghina isteri sendiri di hadapan wanita lain yang jauh lebih cantik untuk 'pasang dua'.
Gambar hiasan
Menerusi satu perbualan di aplikasi WhatsApp yang tular, seorang wanita dilihat terpaksa berdepan dengan taktik lelaki 'hidung belang'.
Menerusi perbualan WhatsApp, lelaki berkenaan mengaku dirinya bapa kepada seorang cahaya mata.
Terkejut dengan pengakuan 'berani mati' itu, wanita yang dikenali sebagai Dr Suraya ini melabelkan suami orang yang cuba memikatnya sebagai 'jantan tak guna'.
Bukan setakat itu, dia juga tampil dengan hujah-hujah bagi membidas segala penghinaan lelaki berkenaan terhadap isterinya dalam usaha untuk berkahwin lain.
Menurut Dr Suraya lagi, isteri lelaki berkenaan juga boleh jadi cantik dan berpenampilan menarik sepertinya sekiranya mendapat ‘modal’ daripada si suami.
Tangkap layar mesej tersebut menjadi tular di pelbagai platform media sosial.
Tindakan lelaki itu membangkitkan kemarahan netizen, dan pada masa sama berpihak kepada Dr Suraya kerana kelantangannya bersuara dan menjaga maruah wanita.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul lelaki msg mcm ni memang pdan muka la lelaki tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Padanssss... Tak sedar diri. Nafkah bini pun tak cukup, ada hati cari lain. bagus ada perempuan yang mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dia ni pun rupa kambing dgn janggut sejemput |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 20-1-2023 11:39 AM
mesti dia ni pun rupa kambing dgn janggut sejemput
Kalau janggut sejemput. Kalau siap berjambang macam gorila? |
|
|
|
|
|
|
|
muka semak samun serupa nanas
hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam hasanah tapi kita baca saja untuk pengajaran. |
|
|
|
|
|
|
| |
|