Negara Thailand atau Siam menjadi sangat ‘trending’ sejak akhir-akhir ini. Dari kisah Piala AFF, perkahwinan selebriti popular sehinggalah ke video ‘viral’ seorang gadis ayu yang menjual lemang.
Dikhabarkan, ramai kini yang bercita-cita dan memasang niat (khususnya kaum lelaki) untuk mengunjungi negara Gajah Putih tersebut atas sebab-sebab tertentu yang “tidak dapat dipastikan”.
Namun, sekiranya ada yang teringin untuk berkunjung ke gerai lemang yang ‘viral’ tersebut, jangan pula cakap nak beli lemang, tau? Sebab itu sebenarnya bukanlah lemang.
Eh, bukan lemang ke? Habis tu apa dia? Seorang pengguna Facebook, Zulhafidz Yahaya yang difahamkan pernah mengunjungi gerai tersebut ada berkongsi info mengenainya.
Jom ikuti hantarannya berikut yang boleh dijadikan ‘persediaan’ buat semua kaum lelaki di luar sana yang merancang untuk berkunjung ke Thailand tidak lama lagi. สวัสดี.
Lemang Thailand Viral? Lemang ke? Sebenarnya yang viral penjual “lemang buluh” comel kat Thailand tu, dia bukan jual lemang, itu pulut. Dan sebenarnya, pulut dalam buluh tu, dia tradisi campuran tu, Thai + Campa + Viet.
Kalau kat Vietnam, dipanggil Cho Lam.
Kalau pegi dekat kedai gadis comel Thai yang viral tu, jangan sebut nak beli lemang, sebut “Kra Lan” . Sebab tu kita tengok video tu, bukan warna lemang kulit buluh hijau. Tapi putih.
Saya tau lah, saya dah pegi kedai dia tu. Sebelah dia jual roti pisang garing dengan apam balik style Malaysia dan ada macam putu buluh, tapi guna kacang merah dan pulut ungu.
Aah, dekat dengan sebuah masjid di Krabi. Carilah sniri ????
|