View: 372|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bergadai nyawa setiap hari
[Copy link]
|
|
Rian (kanan) bersama Along menunjukkan jambatan gantung besi yang sudah uzur di Kampung Brooke Lama. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Lebih 500 penduduk di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke, di sini terpaksa bergadai nyawa setiap hari menggunakan jambatan gantung besi yang kini sudah uzur.
Tinjauan mendapati jambatan gantung yang diperbuat daripada besi berusia 15 tahun itu sudah uzur, selain pagar besi sudah rosak serta lantai jambatan juga hampir tercabut.
Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang, 48, berkata jambatan yang merentasi Sungai Belatop itu adalah laluan utama penduduk setiap hari.
Katanya, walaupun penduduk tahu risiko yang terpaksa dihadapi kerana melalui jambatan uzur itu, namun mereka tiada pilihan lain.
"Setiap hari penduduk akan menggunakan jambatan ini untuk pelbagai urusan termasuk menghantar anak di Sekolah Kebangsaan (SK) Brooke.
"Kami tiada pilihan lain kerana ini satu-satunya laluan yang ada untuk keluar dari perkampungan dan hanya boleh menggunakan motosikal atau berjalan," katanya ketika ditemui di Pos Brooke di sini, hari ini.
Rian berkata, sebagai wakil penduduk dia pernah membuat permohonan untuk menaik taraf dan membaiki jambatan terbabit yang dibina sejak 2008, namun sehingga kini belum mendapat jawapan.
"Saya rasa agak kecewa kerana permohonan kami tiada maklum balas.
"Saya tidak kisah jenis jambatan yang akan dibina asalkan lebih selamat untuk digunakan kepada penduduk kampung ini," katanya.
Bagi Along Ronggeng, 59, berkata penduduk berharap jambatan terbabit dapat dibaiki secepat mungkin kerana sudah terlalu uzur untuk digunakan.
"Keadaan pagar besi juga sudah banyak yang rosak. Kami di sini terlalu risau untuk menggunakannya terutama di awal pagi ketika ingin menghantar anak ke sekolah.
"Jika ada kerosakan atau tercabut di mana-mana bahagian, kami tidak dapat melihatnya ketika keadaan gelap," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-nyawa-setiap-hari |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|