View: 345|Reply: 0
|
[Pahang]
Bekalan telur ayam masih tidak mencukupi di Jerantut
[Copy link]
|
|
MOHD Nor Mahmud, menunjukkan notis bekalan telur yang habis dijual di premisnya. FOTO Roselan Ab Malek
Jerantut: Bekalan telur ayam di daerah ini masih belum stabil kerana bekalan daripada pembekal masih belum dapat memenuhi permintaan peniaga dan pengguna.
Kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam di beberapa pasar raya dan kedai runcit di daerah ini, sejak beberapa minggu lalu, menjejaskan peniaga terutama pengusaha perniagaan makanan.
Pengusaha kek pelangi, Farah Adila Jaafar, 33, berkata, ketiadaan telur ayam menyebabkan dia terpaksa mengehadkan tempahan yang diterimanya.
"Kalau tidak ada telur ayam macam mana hendak buat kek? Itu memang bahan utama untuk saya menghasilkan makanan ini," katanya.
Menurut Farah Adila, dia perlu sentiasa mengambil maklum jika ada pasar raya ataupun kedai yang menerima bekalan telur ayam daripada pembekal.
"Kena sentiasa bertanya kepada rakan-rakan untuk mengetahui pasar raya atau kedai runcit mana yang ada bekalan telur ayam.
"Kalau dapat tahu, kena segera pergi ke sana. Kalau tidak, memang tak sempat hendak mendapatkan stok telur ayam," katanya.
Dalam pada itu, peniaga kedai runcit di pasar besar Jerantut, Mohd Nor Mahmud, 43, berkata, dia mendapat bekalan telur ayam daripada dua pembekal iaitu dari Jerantut dan Mentakab yang dihantar tiga kali seminggu.
"Sebelum ini, saya mendapat 300 papan telur ayam gred A dan B seminggu tetapi sekarang saya hanya mendapat bekalan dua kali atau sekali sahaja seminggu, dan telur ayam yang diterima hanya iaitu antara 40 hingga 60 papan sahaja.
"Separuh daripada telur yang diperolehi itu, saya terpaksa simpan untuk beberapa pelanggan," katanya.
Dia berkata, baki telur ayam yang ada di kedai pula akan habis dalam masa setengah jam sahaja.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ncukupi-di-jerantut |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|