CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Kelantan] Rokok seludup bernilai lebih RM1.8 juta dirampas

[Copy link]
Post time 17-1-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 2.46 juta batang rokok putih bernilai lebih RM1.8 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulai dekat Gua Musang, semalam.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan dijalankan pada 2.20 petang hasil daripada intipan selama dua minggu.

Katanya, serbuan dilakukan di sebuah rumah tanpa nombor yang dijadikan sebagai stor dan kedudukannya tersorok bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan menemukan 246 kotak atau 12,300 karton mengandungi 2,460,000 batang rokok putih dengan anggaran nilai RM196,800 dan cukai pula dianggarkan lebih RM1.6 juta yang disorok di dalam rumah itu.

"Modus operandi sindiket adalah menyimpan stok rokok di rumah tanpa nombor berkenaan selepas dipercayai dibawa masuk ke negeri ini melalui pelabuhan di Pantai Barat.

"Rokok terbabit diseludup untuk pasaran tempatan dan negeri lain memandangkan harga rokok akan meningkat selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Padang Bongor, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kastam Kelantan, Aladi Ariffin.

Wan Jamal berkata, pihaknya sedang mengesan penghuni rumah dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui sama ada pemilik rokok terbabit dalam penyeludupan atau sebaliknya.

"Rokok diklasifikasikan sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman sehingga 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nikai barang atau RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.


WAN Jamal (kiri) bersama pegawainya menunjukkan rampasan rokok putih seludup bernilai lebih RM1.8 juta di Pejabat JKDM Padang Bongor di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-dirampas-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.067923 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list