CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Kelantan] Lihat dengan mata hati kuasai al-Quran naskhah Braille

[Copy link]
Post time 17-1-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Dilahirkan sebagai insan istimewa kurang upaya (OKU) penglihatan, tidak menjadi penghalang bagi Raja Noor Hani Raja Dollah, 26, untuk menguasai bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.

Raja Noor Hani berkata, dia kini sedang berlatih dan berusaha mendalami bacaan al-Quran sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran anjuran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) pada bulan Disember tahun ini.

Katanya, dia mula diperkenalkan dengan dengan Muqaddam Braille ketika berusia sembilan tahun dan mengambil masa selama dua bulan untuk belajar kod dan mengingati titik Braille yang agak mencabar kerana hanya menggunakan jari untuk merasai titik pada setiap baris ayat.

"Walaupun perlu bekerja keras untuk mempelajari al-Quran berbanding individu yang normal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mendalami kalam suci ini.


"Jangan jadikan kekurangan diri yang dimiliki sebagai alasan untuk kita tidak mahu membaca al-Quran kerana di sisi Allah SWT, semua orang tidak memiliki kesempurnaan kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan bergantung kepada diri sendiri hendak atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Kacang, di sini, hari ini.

Anak kesembilan daripada 10 beradik ini berkata, ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, dia diajar membaca al-Quran braille dan sejak itu mula memupuk kesungguhan untuk menguasai bacaan sehingga mendalami kalam suci itu.

"Saya pernah menangis kerana pada awalnya terlalu sukar apabila setiap baris ayat perlu dirasai dengan jari, tetapi berkat sabar, akhirnya saya mampu juga menguasainya.

"Kini setiap seminggu sekali, saya akan menyertai kelas membaca al-Quran di Pertis Beris Kubu Besar, Bachok selain turut membantu rakan-rakan yang senasib menguasai al-Quran Braille," katanya.

Bercerita mengenai masalah penglihatan yang dialami, Raja Noor Hani berkata, dia dilahirkan tanpa pancaindera penglihatan.

"Walaupun saya tidak dapat melihat setiap huruf dan baris setiap ayat al-Quran yang dibaca, dikurniakan mata hati yang terang untuk memudahkan saya menguasai al-Quran.

"Selain itu, kesungguhan saya belajar menggunakan Braille ketika berada di sekolah rendah banyak membantu menguasai al-Quran dengan mudah dan cepat," katanya.

Katanya, dia mempunyai azam untuk mendidik lebih ramai golongan senasib mendalami al-Quran kerana sebagai orang Islam, kitab suci ini menjadi pedoman dan boleh membacanya walaupun tidak sempurna.


Raja Noor Hani Raja Dollah yang dilahirkan cacat penglihatan membaca naskhah al-Quran Braille ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Kacang.- Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

https://www.bharian.com.my/berit ... ran-naskhah-braille

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.592093 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list