View: 1956|Reply: 8
|
Yakin dakwa rempah ada babi, netizen ‘sekolahkan’ wanita tak faham Inggeris
[Copy link]
|
|
Yakin dakwa rempah ada babi, netizen ‘sekolahkan’ wanita tak faham Inggeris
Jika kita membuka WhatsApp group, pasti akan ada mereka yang suka berkongsi video-video mendakwa sesetengah makanan yang ada di pasaran mempunyai kandungan tidak halal.
Ada juga yang jenis suka menularkan sesuatu yang tidak tepat dan membuatkan mereka yang tidak berfikir panjang terus mengatakan hal tersebut benar.
Tuduh ada kandungan babi
Perkara itu samalah seperti perkongsian yang viral di Twitter apabila ada pihak memuat naik semula video seorang wanita mengatakan ada kandungan babi dalam rempah yang dijual di pasaran.
Baca betul2 boleh tak?
Sebenarnya, menerusi rujukan di botol rempah tersebut, ia menjelaskan kegunaannya yang boleh dipakai untuk memasak pelbagai jenis daging termasuklah daging babi dan bukanlah mempunyai kandungan haiwan tersebut.
Ia membuatkan netizen geli hati kerana wanita terbabit dengan yakin mengatakan rempah tersebut tidak halal hanya disebabkan salah menterjemah ayat yang digunakan di keterangan untuk rempah tersebut.
Pengang telefon tu tolongla jadi bijak
Rata-rata mengatakan yang tindakan tersebut seakan memakan diri apabila dikecam dan ditertawakan hanya kerana tahap ‘confident’ terlebih tinggi sehingga salah memberikan maklumat.
Mana tidaknya, menerusi kenyataan di botol rempah-rempah berkenaan, dengan jelas menunjukkan ia adalah ‘untuk kegunaan’ bukannya ‘isi kandungan’ yang ada di dalam rempah terbabit.
Sumber: Twitter @isusemasaviral
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkanlah sebodoh bangang tahap sebegini? |
|
|
|
|
|
|
|
emmm, dia tak faham kot tu yg dia nampak ja perkataan tu trs tak halal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata x pandai english, yg pork tu boleh faham pulak.
Terbukti zaman la ni, yg smart hanyalah phone. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
BODOH NYA CIKKI INI |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis x baca habis ni. Laju je tangan nk viral |
|
|
|
|
|
|
|
next time klu x faham..tanya Mr google |
|
|
|
|
|
|
| |
|