CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Terengganu] Tunjuk i-kad palsu untuk 'bebas'

[Copy link]
Post time 19-1-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Dua daripada 28 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan awal pagi tadi, menunjukkan kad pekerja asing (i-kad) keluaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan harapan terlepas daripada tindakan.

Bagaimanapun, semakan penguat kuasa terhadap keaslian kad itu mendapati ia berkemungkinan palsu, malah kedua-dua lelaki berusia 45 dan 51 tahun yang bekerja sebagai pencari besi buruk itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri lain.

Kesemua Pati itu ditahan dalam Op Sapu yang berlangsung di Kemaman dan Dungun bermula 10 malam hingga 6 pagi tadi, membabitkan sepasukan 21 pegawai dan anggota JIM Terengganu.

Pengarah JIM Terengganu, Rosmadi Mohd Dom berkata, serbuan pertama di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Seri Bandi, Kemaman, manakala lokasi kedua adalah rumah kongsi projek pembinaan rel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Santong, Paka, Dungun.


JABATAN Imigresen tahan 28 Pati dalam serbuan Op Sapu di Kemaman dan Dungun. FOTO Zaid Salim

"Kita memeriksa 109 pekerja asing membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India termasuk lapan warga tempatan.

"Daripada jumlah itu, seramai 28 orang ditahan membabitkan 13 warga Myanmar, Indonesia (tujuh), Bangladesh (enam) dan dua warga India berusia antara 17 hingga 52 tahun," katanya hari ini.

Rosmadi berkata, 25 Pati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tiga orang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Menurutnya, semua Pati itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang, Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau mengingatkan semua pihak agar tidak cuba melindungi atau menggaji Pati, dengan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-bebas-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035342 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list