CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Janda rugi RM113,000 terjerat cinta palsu lelaki Istanbul

[Copy link]
Post time 21-1-2023 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.



SEREMBAN – Seorang warga emas berstatuskan ibu tunggal berputih mata apabila kerugian RM113,182 selepas terjerat dengan cinta palsu selama tiga bulan dengan ahli perniagaan dari Istanbul sejak hujung tahun lalu.

Sumber berkata, mangsa berusia 60 tahun yang bekerja sebagai pengurus teknologi maklumat membuat laporan Balai Polis Rahang kelmarin setelah menyedari tertipu dengan suspek yang dikenalinya itu hanya dari Instagram dengan nama ‘Anurak Wong’.

Menurut sumber lagi, mangsa menerima mesej di Instagram dari Anurak Wong yang merupakan sebahagian ahli sindiket Love Scam, 22 Oktober tahun lalu kira-kira pukul 1.35 petang semasa mangsa berada di sebuah premis di daerah ini.

“Anurak Wong yang mengatakan dia menjalankan perniagaan di Istanbul dan WhatsApp di nombor telefon +447776999620. Anurak telah mengajak mangsa untuk menjalankan perniagaan membekalkan ubat di Istanbul.

“Dari tarikh 2 November hingga 19 Disember tahun lalu, mangsa telah melakukan 27 transaksi pengeluaran wang berjumlah RM90,312.00 dari akaun Maybank dan Ambank ke lebih 10 akaun individu lain,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Ujar sumber lagi, mangsa juga telah menerima mesej di WhatsApp nombor telefon +905428577407 dengan nama Byeong Eddie yang memperkenalkan diri sebagai doktor dan mangsa telah diminta untuk membayar perubatan Anurak untuk pembedahan dan kos hospital berjumlah RM22,870.00 yang melibatkan pemindahan ke tiga akaun lain.

Menurut sumber, mangsa mula merasa tertipu apabila diminta untuk membuat pembayaran sebanyak USD35,000.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah menyerahkan wang kerana percaya akan berkahwin dengan Anurak setelah menjalinkan hubungan selama tiga bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... su-lelaki-istanbul/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.365203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list