View: 489|Reply: 0
|
[Kelantan]
Warga emas bersyukur masih kuat untuk jaga anak OKU
[Copy link]
|
|
CHE Rohani (kiri) bersama Hasbulllah di kediaman mereka. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Kuala Krai: Walaupun kurang sihat, ia bukan halangan bagi warga emas ini untuk menguruskan anak lelakinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) Cerebral Palsy (CP).
Che Rohani Senik, 66, yang juga ibu tunggal berkata, meskipun menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, namun dia bersyukur kerana masih dikurniakan kekuatan untuk terus menjaga anaknya, Hasbulllah Haron, 38, selepas kematian suaminya, Haron@Hassan Said tiga tahun lalu akibat penyakit paru-paru.
Katanya, mereka dua beranak kini tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.
"Walaupun dihimpit kemiskinan, saya sesekali tidak akan meminta dan bersyukur kerana dibantu anak-anak yang lain.
"Meskipun ada anak-anak saya yang lain membantu meringankan beban, namun saya tahu mereka juga bukan dalam kalangan orang yang senang selain sudah mempunyai keluarga sendiri dan sebolehnya tidak mahu menyusahkan mereka.
"Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperolehi Hasbullah sebanyak RM500 sebulan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung dan pada masa sama perlu berjimat cermat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Gatal Jalan Haji Murad.
Bercerita lanjut, Che Rohani berkata, anak kelima daripada sembilan beradik itu mengalami demam panas ketika berusia 20 tahun dan sejak itu dia mula berubah apabila bersikap keanak-anakan selain tidak banyak bercakap.
"Meskipun Hasbullah berstatus OKU, namun semua urusan harian termasuk makan, minum, dan mandi mampu dilakukannya sendiri.
"Kasih sayang saya tidak akan pernah pudar dalam menjaga anak istimewa ini. Walaupun Hasbulllah tidak sempurna macam orang lain, namun dia adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah SWT untuk dijaga.
"Bagaimanapun, saya sering menangis sendirian memikirkan nasib dan tidak tahu apa akan berlaku kepada Hasbulllah sekiranya umur saya tidak panjang," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Che Rohani Senik di talian 017-9077074.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-jaga-anak-oku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|