View: 390|Reply: 0
|
[Johor]
'Doktor' edar dadah di pusat hiburan dicekup
[Copy link]
|
|
ANTARA wang yang dirampas dalam tiga serbuan pusat hiburan. FOTO ihsan Polis
Johor Bahru : Polis Johor menahan lelaki warga asing yang diberi gelaran 'doktor' di pusat-pusat hiburan ketika operasi khas, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu antara tiga individu yang disyaki pembekal dadah di pusat hiburan.
Beliau berkata, polis turut menahan 75 individu lain dalam tiga serbuan di pusat hiburan di Kluang dan Batu Pahat, atas pelbagai kesalahan.
"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menjalankan operasi khas di tiga pusat hiburan antara 1 pagi hingga 3 pagi, semalam.
"Hasil daripada operasi yang dijalankan, 246 individu diperiksa dan daripada jumlah itu 78 individu ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 55 lelaki tempatan, 15 wanita tempatan, tiga lelaki warga asing dan lima wanita warga asing berusia antara 16 hingga 68 tahun.
"Antara ditahan itu, dua lelaki tempatan berusia 25 dan 33 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun dikenali dengan panggilan 'doktor' yang mana mereka adalah pembekal dadah di pusat-pusat hiburan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kamarul Zaman berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM261,797.65 turut dirampas.
Selain itu, beliau berkata, polis turut menyita kereta bernilai RM115,000 dan wang tunai RM31,218 serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk hiburan di pusat hiburan menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bagi operasi ini adalah RM408,015.65.
Katanya, dua daripada pusat hiburan itu gagal mengemukakan lesen perniagaan dan hiburan, manakala sebuah lagi didapati beroperasi lebih masa daripada yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurut beliau, semua suspek direman antara satu hingga enam hari bermula hari ini januari hingga 26 Januari ini bagi siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 6(2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Johor (ENJ) 4/98.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sat-hiburan-dicekup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|