View: 371|Reply: 0
|
[Pahang]
Pengantin redah banjir naik bot
[Copy link]
|
|
PENGANTIN lelaki dibantu anggota APM menggunakan bot untuk menyeberangi kawasan yang dinaiki air, semalam. FOTO Ihsan APM Jerantut
Jerantut: Seorang pengantin lelaki melalui detik tidak dapat dilupakan apabila terpaksa menaiki bot meredah banjir apabila laluan ke rumah pengantin perempuan dinaiki air tengah hari, semalam.
Pengantin lelaki yang hanya dikenali sebagai Asyraf bersama keluarganya dibantu menaiki bot milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kerana laluan Jalan Sungai Relai 8, Kampung Sempadan ditenggelami air kira-kira 1.5 meter dan sejauh kira-kira 10 meter.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Sempadan, Jamsuri Salamen berkata, keadaan itu berlaku berikutan kejadian hujan lebat tanpa henti bermula jam 3 petang, Jumaat lalu sehingga jam 12 tengah hari, Sabtu.
"Untuk mengelak perkara tidak diingini, kami memohon bantuan APM dan bot untuk mengangkut mempelai serta tetamu lain menyeberangi kawasan yang dinaiki air.
"Selain itu, supaya majlis kenduri kahwin itu tidak tergendala dan dapat diteruskan serta berjalan lancar, saya berterima kasih kepada pihak pengurusan APM Jerantut," katanya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Jerantut, Kapten (PA) Muszaidi Musa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12 tengah hari, Sabtu.
Katanya, APM Jerantut memberi bantuan kepada keluarga pengantin tersebut untuk mengangkut pengantin dan tetamu lain menyeberangi kawasan yang ditenggelami air.
"Seramai 10 orang anggota, sebuah bot gentian kaca diaturgerak bagi memberikan bantuan ke tempat kejadian. Tiada sebarang kejadian yang diingini berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dah-banjir-naik-bot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|