View: 434|Reply: 1
|
[Johor]
Tahanan kes dadah meninggal dunia ketika dirawat
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Seorang lelaki warga asing meninggal dunia ketika menerima rawatan sebagai tahanan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki ganja seberat 54.7 gram bernilai RM2,850 di sebuah kondominium di bandar raya ini pada 12.10 tengah malam.
Katanya, lelaki itu mengadu sakit dada pada kira-kira jam 1.20 pagi ketika proses dokumentasi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.
"Dengan bantuan ambulans lelaki itu dibawa ke HSA untuk menerima rawatan. Namun pada jam 2.27 pagi, pegawai perubatan yang memberi rawatan mengesahkan kematian lelaki itu.
"Tiga lelaki berkenaan dipanggil dan mengesahkan bapa mereka mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah tinggi hampir 20 tahun," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Raub, lelaki itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A (2)Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, bedah siasatan ke atas mayat dijadualkan dijalankan hari ini di HSA bagi mengetahui punca kematian.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unia-ketika-dirawat |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|