CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 0

[Pahang] Patin sangkar makin kurang

[Copy link]
Post time 23-1-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Bekalan ikan patin sangkar di Pasar Besar Jerantut terhad dengan ikan yang ada bersaiz kecil. - NSTP/Amir Hamzah Nordin.

JERANTUT: Penggemar ikan patin sangkar yang dijadikan juadah gulai masam tempoyak popular di daerah ini, kecewa tidak mendapat bekalan hasil sungai itu untuk dihidangkan kepada sanak saudara yang balik bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Seorang daripada mereka, Bahriah Ramli ketika ditemui di sebuah gerai menjual ikan sangkar di Kampung Jerantut Feri, di sini, berkata dia mahu membeli patin untuk menjamu adik-beradiknya yang balik bercuti.

"Saya ke Pasar Besar Jerantut, ada lima penjual tetapi dimaklumkan bekalan ikan sedikit dan tidak banyak. Saya hanya nak 5 ekor tapi dapat beli seekor sahaja dengan berat kira-kira 800 gram.

'Saya kemudian ke kawasan gerai ikan sangkar di Jerantut Feri, namun kecewa juga kerana bekalan tiada, ada ikan tilapia sahaja," katanya.


Pengguna dari Subang, Selangor, yang pulang ke Jerantut untuk bercuti, Rosman Mat Jidin, berkata dia mendapat ikan patin bersaiz kecil kira-kira 600 gram.

"Ikan kecil kurang sedap dibuat gulai masam tempoyak kerana isinya kurang lemak, lemak ikan patin itulah antara yang menyedapkan lagi juadah ini, tetapi saya beli juga sebab sudah lama tak makan gulai masam ikan patin Jerantut," katanya.

Penjual ikan sangkar di gerai Kampung Jerantut Feri, Mohd Ali Mat Isa, 48, berkata sejak awal bulan ini, bekalan patin sangat kurang dipercayai kerana faktor air sungai sangat keruh yang mengakibatkan banyak benih ikan mati sebelum boleh dituai.

"Saya juga ada sangkar patin, setiap satu dimasukkan kira-kira 2,000 benih ikan bersaiz kira-kira 5 sentimeter (sm) hingga 7sm, tetapi yang hidup hanya kira-kira 700 ekor sahaja," katanya yang memiliki 15 sangkar di Kampung Perias, dekat sini.

Katanya, dia terpaksa mengambil bekalan daripada penternak lain untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Pembekal ikan sangkar, Mohd Hafiz Salbi, 29, berkata kira-kira 70 penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang yang terletak di Kampung Perias dan Kampung Jerantut Feri berdepan masalah sama.

"Benih hidup antara 500 ekor hingga 700 ekor sahaja, dipercayai akibat masalah air sungai tidak sesuai. Kekurangan bekalan sejak awal Disember lalu bakal berterusan kalau ikan terus mati," katanya terpaksa mencatu dan mengagih bekalan secara adil kepada setiap penjual agar pembeli tidak kecewa.

Katanya, sebelum ini, dia boleh membekalkan kira-kira 1 tan patin sangkar kepada pelanggan di kawasan Jerantut Feri atau penjual yang datang sendiri.

"Sekarang harga makanan ikan juga makin mahal, RM84 untuk 20 kilogram sekampit, berbanding sebelum ini kira-kira RM58. Benih ikan patin sangkar pula naik daripada 25 hingga 30 sen seekor sebelum ini kepada 40 hingga 45 sen seekor," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... angkar-makin-kurang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.435871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list