View: 1106|Reply: 0
|
[Pahang]
Kembar seiras tapi karektor berbeza
[Copy link]
|
|
Mohd Arifuddin dan Mohd Azarulddin kembar seiras yang berbeza personaliti. FOTO Ihsan Mohd Arifuddin
Rompin: Secara zahir Mohd Arifuddin dan abangnya Mohd Azarulddin Mohd Zainuddin adalah kembar seiras, tetapi personaliti mereka berbeza bak langit dan bumi.
Mohd Arifuddin, 20, mengakui sejak meningkat usia remaja, dia dan abangnya yang berbeza 10 minit ketika dilahirkan mula menunjukkan personaliti yang berbeza.
"Waktu kecil selalu buat aktiviti sama-sama dengan abang, tapi apabila masuk sekolah menengah, kami mula membawa haluan masing-masing sebab sudah kurang persamaan.
"Biasa orang cakap kembar banyak persamaan, tetapi tidak bagi saya dan abang kerana dia (abang) lebih cenderung kepada aktiviti ekstrem," katanya.
Berkongsi kisah mereka, Mohd Arifuddin berkata, abangnya menyukai motosikal, masuk hutan dan menangkap burung, tetapi dirinya lebih menggemari membuat kerja rumah seperti memasak.
"Saya boleh memasak pelbagai menu untuk hidangan keluarga, manakala abang sebaliknya kerana dia hanya pandai masak nasi.
"Abang saya mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajaran, jadi saya fikir kalau abang saya tidak mahu maka saya kena jadi antara ahli keluarga yang menjejakkan kaki ke menara gading," katanya ketika dihubungi.
Lebih menarik, dua beradik lelaki itu bukan satu-satunya pasangan kembar dalam keluarga mereka kerana adik perempuan yang baru dilahirkan juga pasangan kembar.
"Nak ungkap perasaan itu sebenarnya agak terkejut bila dapat tahu mak mengandung sebab saya memang inginkan adik sejak berusia 17 tahun.
"Tapi siapa menyangka selepas 20 tahun, adik yang dilahirkan oleh ibu (Norliza Ghazali) juga kembar seperti saya dan abang.
"Adik kembar perempuan iaitu Fatin Nabila dan Fatin Najiha yang dilahirkan pada 15 November lalu menambah keceriaan kepada keluarga," katanya.
Sementara itu, Norliza, 42, turut mengakui anak kembar pertamanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
"Kalau waktu kecil kembar (Arifuddin dan Azarulddin) ini memang sama. Kalau adik demam dulu, kejap lagi abang pula demam dan memang tak renggang.
"Cuma bila dah besar, masing-masing ada keinginan dan hobi lain, jadi perbezaan itu memang ketara.
"Si adik perangai macam ini, si abang pula perangai macam ini, mereka dah segan nak pakai pakaian yang sama dan adik jenis lembut dan abang pula jenis kasar," katanya.
Katanya, membesarkan dua pasangan kembar bukanlah perkara yang mudah.
"Memang agak sukar nak membesarkan mereka sampai rasa menangis sebab bukan seorang sahaja yang meragam, tetapi sebagai ibu kita kena pujuk hati selalu demi menjaga mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pi-karektor-berbeza |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|