View: 352|Reply: 0
|
[Johor]
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun
[Copy link]
|
|
Hanya tinggal enam daerah di Johor yang terjejas akibat banjir berbanding tujuh pada semalam. - Foto fail NSTP
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini semakin baik dengan mencatatkan sedikit penurunan jumlah mangsa banjir pada pagi ini, berbanding semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata setakat jam 8 pagi tadi, seramai 3,480 mangsa banjir daripada 960 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 3,498 orang daripada 969 keluarga pada jam 4 petang semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata kini hanya tinggal enam daerah yang terjejas berbanding tujuh pada semalam dan 35 PPS masih dibuka berbanding 38 pada 4 petang semalam.
"Semua PPS di daerah Muar sudah ditutup dan kini hanya enam daerah sahaja yang masih mencatatkan mangsa banjir iaitu Tangkak, Segamat, Mersing, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi.
"Tinggal lagi 35 PPS masih dibuka menempatkan semua mangsa banjir yang kediamannya masih terjejas," katanya.
Beliau berkata, Mersing mencatat jumlah mangsa banjir yang paling ramai iaitu 1,818 orang daripada 519 keluarga diikuti Kluang, 94 keluarga terdiri daripada 735 mangsa dan Kota Tinggi, 407 mangsa daripada 106 keluarga.
Sehingga 8 pagi tadi, daerah yang terjejas banjir masih mengalami hujan kecuali Segamat.
Sementara itu, terdapat dua jalan yang masih ditutup untuk laluan semua jenis kenderaan iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing dan Jalan Felda Medoi di Segamat.
https://www.bharian.com.my/berit ... ir-di-johor-menurun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|