CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Kelantan] Nenek 98 tahun bersemangat masuk pertandingan memancing

[Copy link]
Post time 28-1-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Warga emas, Mariam Daud, 98 bersama anaknya Sepiah Awang, 70, menyertai Pertandingan Memancing Secara Tradisional di tali air Kampung Perangkap, di sini, hari ini. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PASIR MAS: Usianya hampir mencecah 100 tahun, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat Mariam Daud, 98, untuk turut menyertai pertandingan memancing yang diadakan di penempatannya di Kampung Perangkap, di sini, hari ini.

Mariam, yang mengenakan kain sarung lama, bersemangat membawa joran yang diperbuat daripada dahan pokok salak, seawal jam 7.30 pagi, untuk mendaftar bersama anaknya, Sepiah Awang, 70.

Beliau yang mempunyai dua anak dan tujuh cucu, menyertai pertandingan itu memandangkan lokasi tali air tempat bertanding berdekatan dengan kediamannya, selain minat mengail ikan.

"Memancing ikan adalah hobi saya sejak muda lagi, malah orang kampung sudah biasa melihat saya di sawah atau tali air bersama joran untuk menangkap ikan. Hasil tangkapan biasanya untuk makan sendiri atau beri kepada jiran.


"Untuk pertandingan hari ini, saya menggunakan umpan belalang yang dicari oleh anak pada awal pagi tadi. Alhamdulillah, selepas satu jam mencuba nasib, kami dapat seekor ikan keli.

"Saya gembira melihat ramai penduduk turut sama menyertai pertandingan memancing tidak kira lelaki atau wanita dengan pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak," katanya ketika ditemui pada Pertandingan Memancing Secara Tradisional di tali air Kampung Perangkap, di sini, hari ini.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Keluarga Mek Gayah (KMG) dan disertai lebih 200 penduduk dari Kampung Perangkap, Bunut Susu, di sini dan penempatan sekitar.

Pihak penganjur melepaskan 200 ekor ikan keli, patin dan puyu, serta menawarkan hadiah kepada lima pemenang. Pemenang ditentukan mengikut jumlah berat ikan yang diperoleh sepanjang empat jam memancing.

Mariam berkata, pengalaman memancing beramai-ramai pada hari ini, menggamit memori zaman remajanya yang selalu menghabiskan masa di sungai atau tali air untuk mencari ikan.

Beliau turut memuji usaha penganjur, yang mendedahkan kepada orang ramai, khususnya kanak-kanak mengenai cara tradisional untuk menangkap ikan bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman.

https://www.bharian.com.my/berit ... tandingan-memancing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062087 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list