View: 1144|Reply: 1
|
Anak saudara Michael Jackson sendiri lakonkan wataknya
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 31-1-2023 08:43 PM
Anak saudara Michael Jackson sendiri lakonkan wataknya
Anak saudara Michael Jackson, Jaafar Jackson (kiri) akan melakonkan watak Michael dalam filem biopik mengenai Michael.
Los Angeles: Filem biopik Michael Jackson bakal dibintangi anak saudaranya sendiri iaitu Jaafar Jackson, 26, yang melakonkan wataknya.
Filem arahan Antoine Fuqua itu diberi judul ringkas Michael sekali gus menjadi filem terbesar lakonan Jaafar yang juga anak kepada abang Michael, Jermaine.
Ibu Michael, Katherine Jackson sangat merestui pemilihan itu walaupun sudah dibuat pencarian di seluruh dunia bagi mendapatkan pelakon paling tepat untuk filem terbabit.
"Jaafar menyerupai anak saya. Seronok rasanya apabila dapat melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai penghibur dan penyanyi," katanya.
Jackson yang mencipta populariti sejak kanak-kanak sebagai anggota Jackson 5 terus menjadi inspirasi dalam industri muzik.
Diberi jolokan Raja Pop, dia meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 50 tahun.
Filem Michael diterbitkan dengan kerjasama syarikat hartanah Michael Jackson. Tentunya, ia akan berperanan besar dalam menetapkan bagaimana jalan ceritanya kelak.
Penerbitnya, Graham King yang turut menerbitkan biopik Queen berkata, ternyata pelakon paling tepat membawakan watak Michael selama ini ada berdekatan mereka saja.
"Saya bertemu Jaafar lebih dua tahun lalu dan sangat terpesona bagaimana organiknya ciri-ciri semangat serta personaliti dia menyerupai Michael.
"Pesonanya sangat kuat sehingga sudah cari satu dunia pun, ternyata hanya dia satu-satunya orang paling tepat membawakan watak itu," katanya.
Michael dijangka memulakan penggambarannya tahun ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... i-lakonkan-wataknya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Firewatchguards at 27-2-2023 02:24 PM
what do you do if your fire system doesn't work? you don't want to be in the position where you need to leave your business premises unguarded and at risk of fire. If you are caught out with your system breaking down, then you will need to act quickly to make sure that your premises are kept safe and that your insurance will continue to cover you. Click here |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|