CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1291|Reply: 2

Selimut legenda menggamit memori… Tak sangka boleh ‘upgrade’ jadi kemeja, nampak selesa dipakai!

[Copy link]
Post time 1-2-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode


KOLEKSI pakaian yang diberi nama Milagros nampaknya berjaya mencuri perhatian netizen biarpun ia belum dilancarkan ke pasaran.

Mana tidaknya, corak pada pakaian itu kelihatan sama seperti selimut legenda yang digunakan oleh ramai rakyat Malaysia sejak zaman berzaman.


Menurut laman Facebook Nobody, mereka teruja untuk berkongsi koleksi pakaian itu biarpun ia masih lagi berada dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Kami sangat gembira untuk berkongsi dengan anda baju “MILAGROS”. Ia masih dalam fasa R&D tetapi kami sedang mengusahakannya.
“Kebanyakan kita mempunyai kenangan dengan fabrik ini dengan cara ia digunakan di rumah kita. Namun, pasukan kami masih cuba mencari asal-usulnya dari segi reka bentuk dan pengeluaran. Kami benar-benar menghargai sebarang petunjuk mengenai perkara ini,” ujar pengeluar pakaian itu.
Menerusi posting di Facebook, mereka turut berkongsi beberapa foto, memaparkan model lelaki dan perempuan yang menggayakan baju bercorak selimut legenda itu.
Rekaan kemeja lengan pendek itu dilihat sesuai digayakan secara dibutang atau dibiar terbuka dengan padanan t-shirt kosong di bahagian dalam.

Untuk rekod, posting itu bukan sahaja dihujani lebih 800 komen netizen, malah turut dikongsi hampir 20,000 kali oleh pelayar Facebook.
Menjengah ruangan komen, mStar mendapati ramai netizen turut memuat naik foto selimut itu yang disimpan di kediaman mereka.
“Untuk rakyat Malaysia, ini adalah kenangan zaman kanak-kanak.
“Selimut paling best. Memang rare ni buat baju.
“Satu Malaysia ada selimut ni. Rindunya,” tulis beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mStar



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 09:32 AM | Show all posts
klu buat mcm robe tu ok jgk kan



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaaaa selimut ni mmg best ooo, dan kain dia mmg sesuai dgn iklim malaysia…xtau nk describe feel nya, tp mmg rasa amannn je pakai selimut ni…mana nak cari eh??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060840 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list