CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Pahang] Geng Mirul Dog tumpas

[Copy link]
Post time 1-2-2023 05:01 PM | Show all posts |Read mode

WAN Mohd Zahari (kiri) bersama anggotanya menunjukkan barang kes ketika sidang media Kejayaan Tangkapan Kumpulan 'Geng Mirul Dog' di IPD Kuantan. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali Geng Mirul Dog yang didapati aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi apabila menahan dua lelaki, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek yang masing-masing berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Balok, di sini, pada 6.30 petang.

"Geng terbabit lazimnya melakukan jenayah mereka pada waktu siang dengan mengumpil pintu untuk memecah masuk rumah mangsa.

"Penahanan dua suspek itu berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi di daerah ini sejak Oktober lalu dengan anggaran kerugian sehingga RM100,000," katanya katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan berasingan, polis turut menahan lelaki berusia 71 tahun yang disyaki berperanan sebagai pembeli barangan dicuri, terutama barangan kemas, daripada suspek

"Polis sudah merampas sebuah kereta dan peralatan pecah rumah yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah mereka.

"Dua suspek itu direman sehingga Jumaat ini, manakala warga emas yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-mirul-dog-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.033766 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list