CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Terengganu] Sanggup berhenti kerja untuk jaga emak hidap kanser

[Copy link]
Post time 5-2-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Zuhaili mengurus Zuraida yang lumpuh akibat penyakit kanser payudara tahap empat di Kampung Bukit Kubang Jambu. FOTO FAIZUL AZLAN RAZAK

Kuala Terengganu: Seminggu selepas kehilangan ayah tersayang, Muhammad Zuhaili Rejab Rasli, 22 dan dua adiknya sekali lagi diuji apabila ibu mereka pula mengalami pendarahan beku selepas rebah dalam bilik air.

Muhammad Zuhaili berkata, ayah mereka, Rasli Abdullah, 55, meninggal dunia disebabkan serangan jantung pada 2017 dan emaknya pula, Zuraida Ibrahim, 50, terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku.

Namun katanya, sehingga kini kesihatan Zuraida semakin merosot dan wanita itu tidak mampu membuat kerja berat.

"Ujian terbesar kami pada Oktober tahun lalu apabila doktor mengesahkan emak menghidap penyakit kanser payudara tahap empat.

"Sebelum ini emak ada mengadu sakit, tapi selepas membawanya mendapatkan rawatan di klinik, doktor memberitahu tidak mengalami penyakit serius sebaliknya hanya bengkak biasa saja.

"Dua minggu selepas itu, kesihatan emak semakin merosot dan lebih menyedihkan kami apabila emak tidak lagi boleh berjalan apabila lumpuh dari paras pinggang ke kaki.

"Disebabkan tiada orang yang dapat menjaga emak, saya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan di bandar raya ini sejak empat bulan lalu untuk menguruskannya," katanya yang ditemui di Kampung Bukit Kubang Jambu, di sini.

Muhammad Zuhaili berkata, walaupun adik, Muhammad Aslam Syakirin, 20, bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara, Marang tapi sedikit sebanyak wang diberi dapat juga membantu meringankan beban mereka.

"Kami juga menanggung adik bongsu, Nur Aina Amni, 12, yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung, di sini selain hidup menumpang dengan datuk saudara, Harun Abdul Rahman, 72, yang sudah tidak bekerja atas faktor usia.

"Selepas saya tidak bekerja, keluarga kini hanya bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM100 dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) RM350 selain Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) RM2,000 setahun dan ia masih tidak mencukupi," katanya.

Muhammad Zuhaili berkata, emaknya sekarang memerlukan kimoterapi sebanyak enam kali dan setakat ini sudah tiga kali dilakukan yang mana terbaru, Khamis lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Setiap kali mahu ke HSNZ, kami terpaksa menyewa ambulans swasta dan tambang yang dikenakan tidak menentu pernah dikenakan lebih RM300 pergi dan balik.

"Malah, kos keperluan antaranya ubatan, lampin pakai buang, susu dan pengangkutan yang diperlukan dianggarkan RM1,500 sebulan," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1110029001074532 atas nama Zuraida Ibrahim.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-emak-hidap-kanser
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035806 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list