CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan lulus peruntukan RM240,000 baik pulih kerosakan Bukit Puteri

[Copy link]
Post time 5-2-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Muhammad Azmi Ngah melihat meriam dan monumen antara sebahagian peninggalan sejarah di Bukit Puteri. NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM240,000 untuk menaik taraf dan membaik pulih kerosakan di Bukit Puteri, di sini.

Pengarah Muzium negeri, Che Muhammad Azmi Ngah, berkata kerja membaik pulih kerosakan, terutama tangga untuk kemudahan pengunjung menaiki bukit bagi melihat pelbagai ikonik bersejarah mula dilakukan Oktober lalu.

Katanya, kerosakan yang berlaku berpunca daripada hakisan bukit yang menempatkan pelbagai peninggalan sejarah bermula ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin Satu, pada tahun 1725 dan 1733 itu terpaksa ditutup kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Kita terpaksa menutup lokasi tarikan bersejarah itu bagi memastikan keselamatan pelancong daripada dalam dan luar negara.


"Kerja membaik pulih dan membina 85 anak tangga bukit setinggi kira-kira 200 meter dari paras laut siap akhir bulan lalu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Bukit Puteri, di sini, hari ini.

Beliau juga melakukan tinjauan di ikonik sejarah termasuk singgahsana sementara, tempat simpanan bedil, peluru meriam, genta atau loceng besar, meriam beranak, tiang bendera serta rumah api dan kubur pahlawan di puncak bukit yang pernah didiami Sultan Mansur II, Sultan Muhamad I dan Sultan Umar.

Muhammad Azmi berkata, Bukit Puteri dijangka dibuka kepada pelancong awal April depan, selepas kerja membina pagar tangga dan pelbagai kemudahan lain siap dilakukan.

Beliau berkata, antara kemudahan lain akan disediakan adalah pembinaan tangga baru yang lebih selamat dan mesra pelawat, kaunter tiket, pemasangan lampu dan menaik taraf landskap.

Katanya, kerja menaik taraf Bukit Puteri itu membabitkan kerjasama antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang menyalurkan peruntukan kepada MOTAC melalui program Pelaksanaan Inisiatif Projek Jaminan Makanan, Pelancongan Serta Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Terengganu.

"Bukit Puteri adalah lokasi bersejarah dan pernah menjadi kubu ketika perang saudara disebabkan pergolakan Kesultanan Terengganu antara tahun 1931 hingga 1939," katanya.

Muhammad Azmi juga mencadangkan agar pengurusan pentadbiran Bukit Puteri diserahkan kepada Muzium negeri.

https://www.bharian.com.my/berit ... osakan-bukit-puteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.033870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list