CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Terengganu] Tergamaknya ibu buang bayi masih bertali pusat

[Copy link]
Post time 6-2-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode

POLIS memangku bayi lelaki yang ditemukan didi luar rumah penduduk. FOTO Zaid Salim

Kuala Terengganu: Bayi berusia kira-kira seminggu seberat dua kilogram dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki di luar rumahnya di Kondo Rakyat, Kuala Ibai, di sini, petang tadi.

Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, dia baru pulang dari kerja kira-kira 6 petang sebelum terdengar bayi menangis, namun mulanya dia tidak mengendahkan kerana menyangka suara anak jiran.

"Bagaimanapun, tangisan itu semakin kuat dan isteri (Nur Azlin Rosli, 28) meminta saya melihat di luar rumah kerana bunyi suara itu sangat dekat.

"Sebaik keluar, saya melihat bayi itu berada di bawah kerusi dalam keadaan kesejukan dan membawa bayi berkenaan masuk ke rumah sebelum ibu mentua (Nor Shasikim Endut, 50) menghubungi polis," katanya ketika ditemui, hari ini.

Bapa saudara Ahmad Fauzi, Mohd Shaharuddin Endut, 57, berkata, dia tidak pasti bila bayi terbabit diletakkan di kawasan berkenaan.

Katanya, penduduk juga mendakwa tidak menyedari kehadiran individu membawa bayi berkenaan di tepi rumah anak saudaranya kerana laluan berkenaan kurang dilalui penduduk.

Bayi terbabit kemudian diserahkan kepada polis untuk urusan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... masih-bertali-pusat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039325 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list