View: 428|Reply: 0
|
[Kelantan]
Empat kali 'layan' banjir dalam setahun
[Copy link]
|
|
TINJAUAN beberapa penempatan sekitar Rantau Panjang, hari ini, terdapat kampung Tersang dan Kampung Lanchang dinaiki air sejak semalam selain beberapa jalan tidak boleh dilalui. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rantau Panjang: "Tahun lalu empat kali rumah saya dilanda banjir, dan tahun ini sekali lagi kediaman dinaiki air sejak tiga hari lalu," kata Marlina Ab Rahman, 43, yang menetap di Kampung Tersang, di sini.
Suri rumah itu berkata, kejadian banjir paling teruk berlaku pada Disember tahun lalu apabila air naik setinggi tiga meter (m) menyebabkan kediamannya hanya nampak bumbung sahaja.
Katanya, dia bimbang jika kejadian banjir seperti itu berulang hingga menyebabkan kesemua barangan elektrik dan perabot rumahnya musnah.
"Banjir menyebabkan saya dan penduduk di kawasan ini mengalami kerugian kerana paras air naik mendadak.
"Saya sekeluarga kini dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras air hari ini semakin naik berikutan berlaku sedikit hujan dan ditambah pula dengan air yang dilepaskan dari Danau Tok Uban yang terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari rumah.
"Paras air juga sudah lebih satu meter di halaman rumah dan di bahagian dapur pula sekitar 0.3 meter," katanya ketika ditemui, di sini.
Suri rumah itu berkata, banjir menyebabkan suaminya, Osman Kamal, 46, yang bekerja sebagai penoreh getah tidak dapat turun untuk menoreh.
Katanya, keadaan itu menjejaskan pendapatan keluarganya dan dia berharap air akan surut dengan segera bagi membolehkan suaminya keluar mencari rezeki.
Tukang rumah, Mohd Nawi Abdullah, 53, berkata penduduk di kampung itu berharap pihak berkenaan segera membuka pintu benteng bagi membolehkan air mengalir keluar.
"Kami tidak mahu kejadian banjir pada Disember lalu berulang kerana menyebabkan barangan rumah musnah dan pada masa sama menyukarkan kami untuk melakukan aktiviti harian.
"Saya harap pihak berkenaan melakukan sesuatu untuk menangani masalah banjir di kampung ini dan kawasan berdekatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-dalam-setahun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|